Medan Mu'tah.
Sedang medan Mu'tah menyaksikan pertempuran hebat haq dan batil, nun di Madinah pula ; Rasulullah saw mengkhabarkan kepada para sahabat situasi Mu'tah dari masa ke masa.
"Seakan Rasulullah saw khabarkan pada para sahabat yang di Madinah, siaran secara 'live' tentang apa yang terjadi..", kata ukht. Saya angguk, mengiyakan.
Posisi duduknya dibetulkan, kemudian cerita Mu'tah diteruskan.
"Termasuklah ketika mana panji Islam silih berganti, disambut kuat antara tiga pimpinan sahabat ; Zaid - Jaafar - Abdullah Ibn Rawahah, dan akhirnya Khalid Al-Walid. Rasulullah saw cerita secara lansung insiden tersebut buat para sahabat di Madinah."
"Rasulullah saw juga turut khabarkan kepada para sahabat, tentang nikmat syurga yang sedang dinikmati 3 pimpinan sahabat tersebut. Cuma...", ukht mematikan ceritanya. Menarik nafas dalam.
"Kata Rasulullah saw, dalam mafhumnya, 2 daripada 3 sahabat ni di kedudukan syurga yang tinggi. Cuma seorang lagi, kedudukan syurganya rendah sedikit."
Saya menelan liur.
"Kenapa ?", berkerut riak muka. Cemas dan penuh tanda tanya.
"Kerana, bila panji hendak beralih ke tangan Abdullah Ibn Rawahah, hatinya terdikit sedikit keraguan. Niatnya mutaraddud (berbolak-balik)."
Nafas yang dalam, dilepaskan. Seakan ditimpa satu bebanan, jiwa menjadi mengah ; atas kisah hati buat pendiami Syurga tiga perwira Mu'tah.
--
Menguruskan segumpal daging dalam diri yang bernama hati ini, rumit.
Ada ungkap kata menyatakan, berbolak-baliknya hati ini, umpama air yang mendidih.
Terkadang, bila peroleh kebaikan dan manusia puji-puji bagai, dengan mudah-mudah hati berbunga bangga. Lupa yang kebaikan itu Allah yang kurnia, tetapi dirasakan dirinya dah cukup sempurna. Mengatasi lain-lain manusia.
Terkadang, bila buat khilaf dan manusia kritik komen terus-terusan, dengan mudah-mudah hati tenggelam dalam amarah. Mulalah merajuk. Atau bentak-bentak ; "salah sikit je pun,kecoh, macam dia tu baguss sangat," Lupa yang khilaf itu tanda kita manusia. Manusia yang tidak pernah sempurna. Dan terlupa juga, kritik, komen, teguran dan nasihat itu ; sebahagian daripada pelajaran hidup yang Allah kurnia.
Menuntun hati, agar di permulaan - pertengahan - mahupun pengakhiran sudah sesuatu amal, agar tetap merendah kerana Allah, sungguh tidak mudah. Bila terkadang dipuji atau dikritik, seringkali respon/tindak balas pertama hati... seperti itulah.
Barangkali, manusia tidak tahu apa yang bergumam-gumam dalam hati. Tengah bentak-bentak atau tengah terbuai-buai ditiup angin puja-puji.
Namun ketahuilah, kata Muhammad Qutb di dalam buku Qabasat min arRasul, "Sesunggunya tidak tersembunyi kepada Allah sesuatupun benda yang tersembunyi. Bagaimana kamu hendak berselindung daripada-Nya, sedangkan kamu menghadap kepada-Nya ? Bagaimana kamu mampu melakukan satu kerja yang tidak dilihat-Nya ? "
Beliau turut memberi beberapa dalil untuk kita renungi ulasannya di bawah tajuk "Kamu beribadah kepada Allah seakan-akan kamu melihat-Nya", yang termaktub di dalam buku yang sama ;
Ya Allah, hinggakan pada pengkhiatan mata ! Mata yang meng'usha', mata yang terpana pada raut wajah yang Allah gesa ; tundukkan pandangan mata ! Pandangan mata yang dia kira, dia seorang sahaja yang tahu, rasa dan fahami.
Hinggakan pada hati yang was-was ! Hinggakan pada lintasan hati dan fikiran yang bermain-main dalam dirinya sendiri. Dia mengira, semua tu sekadar dalam diri dan hati sedang manusia lain tak ketahui. Tak dengar. Tak nampak seperti apa yang dilihat matanya... tetapi hakikatnya, Allah tahu !
Tidak satu pun, terselindung dibalik pengetahuan Allah yang Maha Mengetahui !
Allahu Allah...
--
Bila membayangkan kedudukan diri di akhirat nanti, dengan kedaan hati yang sebegini... entah di kedudukan manakah kita kelak ?
Tiga perwira Mu'tah barangkali dibezakan sedikit kedudukan di Syurga, kerana ragu untuk memikul amanah ummah. Inikan pula hati yang sering tersilau dengan pesona dunia, tergiur dengan kerehatan dan hawa yang memperdaya...
Allahu Allah...
--
Bila sedari, hati yang kian menjauh dari rangkulan Ilahi. Kemudian hati ini keliru untuk tuju ke mana, bersandar kepada siapa dan tersasar longlai ditengah kontangnya tipuan dunia... Ketika itu, sentuhan sapaan-Nya memimpin jalan pulang.
Seperti itulah Muhammad Qutb nukilkan. Dan seperti itu jua yang telah Tuhan kita firmankan.
--
Nabi saw telah bersabda di dalam doanya,
Abdul Qadir al-Kailani pula melalui ucapannya ada mengingatkan ;
Perjalanan hayat yang entah bila penghujung dan perjalanan hayat yang entah apa menjengah untuk menguji siapa di antara kita yang paling baik amalannya ; entah kita tidak tahu. Benar-benar tidak tahu.
Tetapi, semahunya kita tetap yakin, kita tetap bermujahadah sehabis daya. Bahkan, tetap selamanya yakin bahawa ; untuk menguruskan segumpal daging dalam diri yang bernama hati ini, kita tak bersendiri. Allah swt telah kurniakan pada kita, sepastinya Dia yang akan menuntun kita memeliharanya.
Allahu Musta3an !
-----
[1] Qaaf : 16
[2] Ghafir : 19
[3] al-Haj: 78
Sedang medan Mu'tah menyaksikan pertempuran hebat haq dan batil, nun di Madinah pula ; Rasulullah saw mengkhabarkan kepada para sahabat situasi Mu'tah dari masa ke masa.
"Seakan Rasulullah saw khabarkan pada para sahabat yang di Madinah, siaran secara 'live' tentang apa yang terjadi..", kata ukht. Saya angguk, mengiyakan.
Posisi duduknya dibetulkan, kemudian cerita Mu'tah diteruskan.
"Termasuklah ketika mana panji Islam silih berganti, disambut kuat antara tiga pimpinan sahabat ; Zaid - Jaafar - Abdullah Ibn Rawahah, dan akhirnya Khalid Al-Walid. Rasulullah saw cerita secara lansung insiden tersebut buat para sahabat di Madinah."
"Rasulullah saw juga turut khabarkan kepada para sahabat, tentang nikmat syurga yang sedang dinikmati 3 pimpinan sahabat tersebut. Cuma...", ukht mematikan ceritanya. Menarik nafas dalam.
"Kata Rasulullah saw, dalam mafhumnya, 2 daripada 3 sahabat ni di kedudukan syurga yang tinggi. Cuma seorang lagi, kedudukan syurganya rendah sedikit."
Saya menelan liur.
"Kenapa ?", berkerut riak muka. Cemas dan penuh tanda tanya.
"Kerana, bila panji hendak beralih ke tangan Abdullah Ibn Rawahah, hatinya terdikit sedikit keraguan. Niatnya mutaraddud (berbolak-balik)."
Nafas yang dalam, dilepaskan. Seakan ditimpa satu bebanan, jiwa menjadi mengah ; atas kisah hati buat pendiami Syurga tiga perwira Mu'tah.
--
Menguruskan segumpal daging dalam diri yang bernama hati ini, rumit.
Ada ungkap kata menyatakan, berbolak-baliknya hati ini, umpama air yang mendidih.
Terkadang, bila peroleh kebaikan dan manusia puji-puji bagai, dengan mudah-mudah hati berbunga bangga. Lupa yang kebaikan itu Allah yang kurnia, tetapi dirasakan dirinya dah cukup sempurna. Mengatasi lain-lain manusia.
Terkadang, bila buat khilaf dan manusia kritik komen terus-terusan, dengan mudah-mudah hati tenggelam dalam amarah. Mulalah merajuk. Atau bentak-bentak ; "salah sikit je pun,
Menuntun hati, agar di permulaan - pertengahan - mahupun pengakhiran sudah sesuatu amal, agar tetap merendah kerana Allah, sungguh tidak mudah. Bila terkadang dipuji atau dikritik, seringkali respon/tindak balas pertama hati... seperti itulah.
Barangkali, manusia tidak tahu apa yang bergumam-gumam dalam hati. Tengah bentak-bentak atau tengah terbuai-buai ditiup angin puja-puji.
Namun ketahuilah, kata Muhammad Qutb di dalam buku Qabasat min arRasul, "Sesunggunya tidak tersembunyi kepada Allah sesuatupun benda yang tersembunyi. Bagaimana kamu hendak berselindung daripada-Nya, sedangkan kamu menghadap kepada-Nya ? Bagaimana kamu mampu melakukan satu kerja yang tidak dilihat-Nya ? "
Beliau turut memberi beberapa dalil untuk kita renungi ulasannya di bawah tajuk "Kamu beribadah kepada Allah seakan-akan kamu melihat-Nya", yang termaktub di dalam buku yang sama ;
وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ وَنَعۡلَمُ مَا تُوَسۡوِسُ بِهِۦ نَفۡسُهُ ۥۖ وَنَحۡنُ أَقۡرَبُ إِلَيۡهِ مِنۡ حَبۡلِ ٱلۡوَرِيدِ
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya [1]
يَعۡلَمُ خَآٮِٕنَةَ ٱلۡأَعۡيُنِ وَمَا تُخۡفِى ٱلصُّدُورُ
Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati. [2]
Ya Allah, hinggakan pada pengkhiatan mata ! Mata yang meng'usha', mata yang terpana pada raut wajah yang Allah gesa ; tundukkan pandangan mata ! Pandangan mata yang dia kira, dia seorang sahaja yang tahu, rasa dan fahami.
Hinggakan pada hati yang was-was ! Hinggakan pada lintasan hati dan fikiran yang bermain-main dalam dirinya sendiri. Dia mengira, semua tu sekadar dalam diri dan hati sedang manusia lain tak ketahui. Tak dengar. Tak nampak seperti apa yang dilihat matanya... tetapi hakikatnya, Allah tahu !
Tidak satu pun, terselindung dibalik pengetahuan Allah yang Maha Mengetahui !
Allahu Allah...
--
Bila membayangkan kedudukan diri di akhirat nanti, dengan kedaan hati yang sebegini... entah di kedudukan manakah kita kelak ?
Tiga perwira Mu'tah barangkali dibezakan sedikit kedudukan di Syurga, kerana ragu untuk memikul amanah ummah. Inikan pula hati yang sering tersilau dengan pesona dunia, tergiur dengan kerehatan dan hawa yang memperdaya...
Allahu Allah...
--
هُوَ ٱجۡتَبَٮٰكُمۡ وَمَا جَعَلَ عَلَيۡكُمۡ فِى ٱلدِّينِ مِنۡ حَرَجٍ۬ۚ
Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya) dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama [3]
Bila sedari, hati yang kian menjauh dari rangkulan Ilahi. Kemudian hati ini keliru untuk tuju ke mana, bersandar kepada siapa dan tersasar longlai ditengah kontangnya tipuan dunia... Ketika itu, sentuhan sapaan-Nya memimpin jalan pulang.
"Berdoalah pada-Ku, nescaya aku perkenankan" - Berdoalah kepada Aku untuk mencapai semua perkara. Berdoalah kepada Aku (pada perkara yang kamu pinta) supaya Aku menolong kamu membersihkan jiwa kamu daripada kotoran perjalanan.
Seperti itulah Muhammad Qutb nukilkan. Dan seperti itu jua yang telah Tuhan kita firmankan.
--
Nabi saw telah bersabda di dalam doanya,
اللهم إنى أسألك قلبا سليما
Ya Allah aku memohon kepada-Mu hati yang sejahtera !
Abdul Qadir al-Kailani pula melalui ucapannya ada mengingatkan ;
كن صحيحا فى السر : تكن فصيحا فى العلانية
"Jadilah kamu orang yang benar dalam rahsiamu (sendiri-sendiri), nescaya engkau menjadi orang yang fasih di tengah keramian"
Perjalanan hayat yang entah bila penghujung dan perjalanan hayat yang entah apa menjengah untuk menguji siapa di antara kita yang paling baik amalannya ; entah kita tidak tahu. Benar-benar tidak tahu.
Tetapi, semahunya kita tetap yakin, kita tetap bermujahadah sehabis daya. Bahkan, tetap selamanya yakin bahawa ; untuk menguruskan segumpal daging dalam diri yang bernama hati ini, kita tak bersendiri. Allah swt telah kurniakan pada kita, sepastinya Dia yang akan menuntun kita memeliharanya.
Allahu Musta3an !
-----
[1] Qaaf : 16
[2] Ghafir : 19
[3] al-Haj: 78
Berlari membawa hati | Nasr City Cairo Safar 1434H |
No comments:
Post a Comment