17 April.
Pada tahun
2004, bumi muqaddas Palestin telah menjadi saksi tertumpahnya darah seorang
pemuda yang benar-benar setia pada janjinya dengan al-‘Azim.
Dia, pemuda
yang bernama as-syahid Dr. Aziz ar-Rantisi.
Dan
secara peribadi ukht,
Ana percaya,
disebalik kekuatan dan keteguhan jiwa As-Syahid, peranan besar isterinya selaku
pendamping sepanjang hayat mereka bersama, tak boleh ditolak tepi.
Isterinya
lah yang mendorong. Isterinya lah yang menghormati, cinta dan fikrah si suami. Isterinyalah
bagi ana, yang sangat memahami ar-Rantisi yang berperanan sebagai
seorang doctor – seorang pemimpin – seorang pejuang & pembebas tanah
Palestin – seorang daie – seorang bapa, suami dan ketua keluarga. Isterinya lah
juga yang pasti sangat memahami bahawa kematian suaminya sentiasa mengekor di
balik bayangnya.
Isterinya
lah yang turut sama berkorban dan menunaikan janji. Pahala dan ganjaran
kesyahidan si suami, turut sama memberi tempias bekal si isteri ke alam abadi.
Isterinya, Rasya
Al-Adluny.
16 April 2012
Beit Rasya al-Adluny, Nasr City
--
Okt 2011 - Nov 2013//Beit Rasya al-Adluny
No comments:
Post a Comment