#9/11 Jumaat
Tangan saya ditarik.
Katanya, "Jom, tengok dalam dewan sekejap."
"Meja ni, siapa nak jaga ?"
Tanpa peduli, dia terus tarik tangan saya, "Sekejap sahaja."
Saya akur, mengikut langkahannya.
Kami berdiri di belakang sekali. Kerusi sudah penuh berisi. Saya memandang seisi dewan.
Bendera Palestin dikibar di setiap sudut. Ada sebahagian yang memegang kain rentang dan kad manila yang dilakarkan kata-kata buat Palestin. Pengunjung juga tak ketinggalan, mengangkat bendera kecil tinggi. Ke kanan ke kiri mereka ayunkan. Mengikut simfoni nasyid yang dipersembahkan.
Saat itu, bermacam perasaan saya rasa. Bermacam suara hati mengumam-gumam sendiri ;
Allah, semoga Kau rahmati juhud akhwatku. Allah, semoga malam ini dapat menyuntik rasa cakna umat-Mu. Allah, semoga malam ini menjadi bukti bahawa kami boleh barsatu dan bersama untuk perkara yang menguntungkan agama-Mu. Palestin, terima kasih ; keranamu kami dapat berganding bahu. Tak kira latar apa. Mahupun jemaah mana.
Dan,.. Allah, 'suasana ini',bukan kemuncak nikmat mahupun pengakhiran yang memuaskan, tetapi malam inilah permulaan.
Allah, tuntun kami kuat melangkah lagi ! Kuatkan hati kami !
#1 Muharram Khamis
Cemburu dan malu.

Innaa Lillahi Wa Innaa Ilaihi Raajiuun
Sebentar tadi adik kepada Anggota Biro Politik Hamas, Dr. Mahmoud Zahar , Ahmed al Jaabari salah seorang pimpinan HAMAS dalam serangan terbaru Zionis terhadap Gaza tadi.
Beliau antara tahanan penjara Israel yang dilepaskan melalui pertukaran tahanan Israel-Palestin.
رحمه الله رحمة واسعة
Cemburu dan malu.
Pada lembaran hijrah yang baru, asSyahid telah menemui pengakhiran hidup yang sempurna.
Sepasang mata, dipejamkan dan,
dibiarkan suara hati bertalu tanya satu persoalan :-
1434H ini, cerita hayat apakah yang akan dilakar ? Kematian yang bagaimana mahu dirangka ?

Allah. Pandu langkah para pendokong agama-Mu. Turunkan bantuan buat para mujahidin Palestin. Dakap umat ini, dengan erat sepenuh redha-Mu.
Nota untuk diri,
Muharram 1434H
Ghurfah Raefah Cairo
Muharram 1434H
Ghurfah Raefah Cairo
1 comment:
berkongsi rasa yang sama :")
Post a Comment