Pages

Jun 10, 2009

Perkongsian Meneguhkan


Melangit tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada ar-Razak , di atas kurniaan nikmat-Nya yang melimpah ruah setiap detik .

Alhamdulillah , dengan nikmat tangan - kita mampu menekan keyboard dan menggerakkan "mouse" di sebelah , membawa anda dan penulis merentasi dunia tanpa sempadan . Alhamdulillah , dengan nikmat mata - setiap dari kita dapat membaca dan memperoleh sesuatu buat basahan jiwa dan tingkatkan pengetahuan . Bahkan Alhamdulillah , dengan nikmat IMAN dan ISLAM - setiap dari diri kita dapat memilih dan menilai sesuatu yang terbaik dan bertepatan dengan syariat .. di dalam dunia jaringan yang tanpa batasan !
++++++++

Kisah A

" Biah (suasana) islam disini tak hidup ... Kita perlu buat sesuatu supaya biah islamiah disini hidup ! " , luah seseorang yang baru berpindah ke sekolah baru dan mendepani suasana di sekolah barunya . Segala macam agenda dirangka dan dilaksanakan . Satu bulan berlalu , masuk pula pada dua , tiga , empat hingga ke bulan-bulan seterusnya .......................

"Huh ! Masyarakat disini memang tak de harapan nak baik la ~ Biah islamiah memang tak boleh hidup kat sini laa ~ Lantak lah diaorang nak jadi apa ... !" , mengeluh panjang sudahnya dia kerana biah islamiah yang diharapakn hidup segar-bugar tidak kesampaian . Dia dapati masyarakat di sekelilingnya tetap tidak berubah .


.Tamat .

Kisah B
" Aku perlu berperanan seperti mana yang dianjurkan di dalam al-Quran dan as-Sunnah Nabawiyah . Aku perlu berperanan sebab aku telah ikut banyak program-program tarbiyyah " , monolog seseorang di satu sudut muka bumi , dengan penuh semangat !

Hinggalah pada satu waktu , dia menerima kritikan atau sindiran sekeliling . Ataupun peredaran masa menyebabkan dia tidak lagi mengikuti program-program , lupa pula pada apa yang dianjurkan oleh al-Quran dan Sunnah ............................ Maka lesu sudah "peranan" yang seharusnya dimainkan .

. Tamat .

Rumusan kedua kisah .

Ini adalah situasi realiti yang berlaku di dalam arena dakwah . Namun , tidaklah penulis menyatakan salah jika niat atau dasar kita menyeru dan mengajak masyarakat sama seperti di atas [ kerana biah lesu , tahu dalil-dalil anjuran al-Quran dan Sunnah , ikut program ] , boleh dan benar tetapi ada sedikit kekurangan yang perlu ditampung ... Supaya kelak kita tidak kecewa-tergelincir-futur dalam jalan dan usaha dakwah .
Apakah "kekurangan" nya ?


Sharing is Caring .
Dakwah yang didasari atas kemahuan hati yang mahu berkongsi , akan menguatkan diri kita lagi atas jalan dakwah .

Sekiranya ,

individu berhadapan dengan biah islamiah yang lesu dan jiwanya mahu berkongsi dengan masyarakat kemanisan biah islamiah yang pernah dirasai ,

individu yang sedar dan tahu peranan kehidupannya di muka bumi dan berniat berkongsi kesedarannya bersama masyarakat ,

serta individu yang mahu berkongsi pengalaman dan pengajaran yang diperoleh di dalam program yang diikuti ....... Insya'Allah , akan teguh mendepani penerimaan atau penolakan masyarakat .



Ya ,

baginya penerimaan mahupun penolakan manusia bukanlah yang utama , bahkan masa yang berlalu tidak mampu melumpuhkan semangatnya . Baginya yang penting adalah berkongsi dengan masyarakat IMAN dan ISLAM yang dirasai . Perkongsian tanpa pinta balasan !

No comments: