Pages

Jul 20, 2010

Rezeki

"Kenapa anak saya tak dapat ?"

"Kerana kami tak taja bidang ini. Melainkan bidang perubatan. Kenapa tak minta medic ?"

"Kerana anak saya tak mahu bidang perubatan. Melainkan bidang ini."

*bualan orang tua saya bersama kenalannya

Rasa frust pada mulanya , tetapi cepat-cepat Dia sedarkan.. Bila seminggu yang lalu , saya diminta untuk duduk bersama adik-adik pelajar asnaf zakat Selangor di sebuah sekolah terdekat... Insaf dibuatnya . Masih ada orang lain yang lebih susah daripada saya , masih ada orang lain yang lebih memerlukan daripada saya dan mereka lebih layak menerima berbanding saya . Padanlah Baginda s.a.w. anjurkan , supaya kita melihat orang yang 'kurang' dan jangan kita asyik melihat orang yang 'lebih' daripada diri kita .

Daipada Abu Hurairah r.a: Rasulallah s.a.w telah bersabda: "lihatlah kepada mereka yang lebih rendah daripada kamu, dan janganlah melihat kepada mereka yang lebih tinggi daripada kamu kerana ia lebih patut supaya kamu tidak sombong dengan nikmat Allah terhadap kamu."

Warna-warni : Rezeki

Urusan pergi-balik dari Nur Lembah Pangsun , Alhamdulillah dipermudahkan . Bahkan sepanjang program berjalan , segalanya turut lancar dan kesulitan dapat diatasi . Ini rezeki – urusan dipermudahkan . Apatah lagi bila hajat mahu meluangkan masa bersama adik-adik MAHISS , akhirnya tercapai di kem kepimpinan ini . Ini rezeki – hajat kesampaian . Ada seorang sahabat yang hampir tiga tahun tak bersua , kali terakhir bila sama-sama duduki PMR di Hira’ sana . Tiba-tiba dijodohkan bertemu di kem ini . Begitu juga dengan adik-adik ni , dua tahun tinggalkan MAHISS akhirnya berjumpa juga . Ada juga wajah generasi baru MAHISS dan Alhamdulillah , ini menjadikan jalinan ukhuwwah bertambah . Ini rezeki – ukhuwwah mekar . Disamping memberi dan berkongsi dengan adik-adik sepanjang program , diri ini turut diberi dan dikongsi dengan pengalaman orang lain dan suasana . Ini rezeki berharga– pengalaman baru . Jungle tracking , paling tak dapat dilupakan . Penat mendaki bukan main lagi . Tetapi bila tiba di puncak air terjun nikmat sekali . Barangkali , inilah pengalaman terakhir menikmati panorama hutan khatulistiwa Malaysia , sebelum berangkat beralih iklim . Alhamdulillah , ini rezeki :)


Insha’Allah, jika berkesempatan dapat timba ilmu baru dan berjumpa dengan akhawat fillah di Dewan Wawasan Politeknik PD minggu ini . Dan insha’Allah jika sekali lagi berkesempatan , dapat seisi keluarga dan sanak-saudara berkumpul di kenduri hujung bulan ini . Perasaan : seronok dan teruja . Alhamdulillah , ini rezeki juga . Moga-moga kesempatan sebegini digunakan raih mardhatillahNya .

Peringatan Untuk Diri :

"Sungguh baik nasib orang yang beriman kerana dalam semua keadaan mereka mendapat kebaikan. Dan tidak ada habuan baik seperti ini kecuali bagi mereka yang beriman. Apabila mendapat kesenangan maka ia akan bersyukur, maka syukur itu baik baginya. Dan apabila ditimpa musibah maka ia bersabar, maka sabar itu baik baginya." (Hadis riwayat Muslim)

"sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah." (27:40)



**Nota Penting :

Wajahkan kesyukuran dengan apa yang diberi . Kita yakin , Allahu Razzak – Maha Melimpahkan Rezeki . Rezeki pemberianNya itu pelbagai rupa dari arah dan sumber yang tak terduga .

Allahu'alam.

4 comments:

Anonymous said...

Ada seorang sahabat yang hampir tiga tahun tak bersua , kali terakhir bila sama-sama duduki PMR di Hira’ sana . Tiba-tiba dijodohkan bertemu di kem ini .


#k. asral kah?#

-izzati-

ha|ana|zak25 said...

@izzati

Yup. Asral orangnya :)

nahdiyyah said...

Banyak rezki yang kita peroleh tanpa kita sedari,tetapi kita sering keluhkan apa yang kita tidak perolehi....

Btul2..marilah sama2 kita "wajahkan kesyukuran pada apa yang diberi".. best ayt nie...;>

ha|ana|zak25 said...

@Nahdiyyah

Itulah kita yg namanya manusia..

*Tak sabar nk jmpe nt. Tak sabar nk wajahkan kesyukuran brjmpe nt nnt :)