Pages

Feb 23, 2011

Coretan Hari 14


Amaran :
Penulisan ini lebih kepada coretan dan lontaran rasa peribadi. Pengabaian terhadap penulisan ini, amat dialu-alukan. Allahu’alam.



Bismillah.

Secara jujur, saya  tak pernah menduga kembali ke Malaysia dalam masa terdekat, apatah lagi dalam tempoh baru  5 bulan di Mesir. Apatah lagi bila belum sempat duduki exam mid-sem. Tak pernah duga.

Hatta bila ditempatkan di Jeddah, masih rasa percaya-tak percaya-percaya akan ke Malaysia. Hinggalah akhirnya mendarat di tanah air jam 10:00 pagi 9 Februari, baru terbukti.

Biarpun kereta kebal askar melewati rumah, biarpun bunyi das tembakan kedengaran, biarpun berlaku rompakan di kawasan kejiranan, saya tetap rasa aman. Agak aman. 

Mungkin sebab saya rasakan pergolakan di medan Tahrir tak akan memakan masa yang lama, mungkin sebab  kagum dengan apa yang diperjuangkan masyarakat Mesir, mungkin sebab yakin dengan jati diri belia Mesir, mungkin..mungkin...mungkin. Yang membuatkan saya rasa aman.  (Aman tak bertempat ?).

Setiap pagi dalam tempoh darurat diishtiharkan, saya tetap pergi ke kedai-kedai sekitar, membeli akhbar untuk up-date demostrasi di Tahrir khususnya dan sekitar Mesir amnya. Juga mengambil kesempatan  untuk up-date Mesir dari kaca mata sendiri.

“Mesir dah selamat ?”
“Alhamdulillah semakin selamat !”

Sebagai jalan tengah. Andaikan sahaja betul-betul balik ke Malaysia.. matlamat dan perangkaan agenda ditetapkan, supaya kesempatan kembali ke tanah air tak sia-sia.

Alhamdulillah, seminggu yang pertama Allah memberi kesempatan yang baik. Dapat  saya meluangkan masa bersama keluarga. Terutamanya adik-beradik. Dapat bersama-sama ke FIB menaiki kenderaan awam  walaupun penat. Dapat bertanyakan khabarnya semasa ziarah di asrama sambil makan Cadburry. Dapat juga tahu pendirian mereka sambil borak-borak dalam kereta…. Semoga Allah jadikan kita batu-bata yang kuat.  Semoga kita tak lelah meneroka usia muda. Insha-Allah. Dapat juga balik ke kampung dan bertemu sanak-saudara yang ada di sana. Alhamdulillah. Moga kita sekeluarga sentiasa dalam perhatian Dia. 

Alhamdulillah, sekali lagi dalam tempoh yang singkat Allah memberi lagi kesempatan yang baik, dapat ikuti forum yang di sampaikan oleh Ust. Sarip Adul (YDP ISMA Sabah) dan Pn. Fatimah Syarha (Novelis kegemaran saya). Juga bersua dengan kenalan di UiTM.

Bergerak ke fasa seterusnya, minggu berikutnya. Saya tak sabar-sabar realisasikan apa dah diagendakan. Namun, tiba-tiba saya dimaklumkan perlu segera balik ke Mesir. Dr. Mervet ; Director Malaysian (girls) Dental Program, juga mengesahkan tarikh mula kuliah dan exam yang tertangguh-tangguh lamanya akan dimulakan sesegeranya sebaik sahaja kami kembali. Maka, akan genaplah 14 hari penuh saya di tanah air.  

  • Ekspresi pertama Alhamdulillah – tak sabar kembali ke Mesir yang 'baru' :) dan  Alhamdulillah, urusan tiket dipermudahkan meskipun dalam keterbatasan masa dan dalam keperluan yang segera !
  • Ekspresi kedua (sedikit berat hati) – kerana akan ketinggalan banyak benda di Malaysia dan kerana  gagal merealisasikan sebahagian agenda....

Buat ... 
Para murobbi  yang banyak mengesani kehidupan saya, minta maaf tak dapat bersua.
Ustzh Wan Nor Adibah yang dikasihi *terima kasih atas ingatan ustazah :)  
Du’at dan ‘Affa yang amat2 dirindui *banyak benda ana nak belajar dari kalian berdua, dan kongsi sama
Kejutan yang tak kesampaian buat Izzati-Fadhilah-Hanisah-Ili Hanisah di DQ, Memei Melaka, Najwa-Nor  dan kenalan yang berada di UiTM-UKM-UNITEN- USIM, bakal2 guru yang berada di Terengganu dan usrah ahibba’ di SMAH dan Maahad Hamidiah..

Sungguh, ana doakan Allah memberi kesempatan dan ruang masa yang  terbaik sesama kita. Duduk bersama dalam suasana yang penuh kasih-sayang, dalam suasana yang betul-betul saling meneguhkan iman dan meninggikan taqwa kita, juga dalam suasana kita beramal bersama.  Allahumma amien.

Ada sekali saya mengusik ummi, sama ada dia 'sedih'  anaknya perlu ke Mesir secara tiba-tiba. Ummi kata ; kan kita kena jadi macam sahabat Nabi s.a.w. yang  gembira menghantar anaknya berjihad. Allahu-akbar. Kata-kata ummi mengurangkan rasa berat hati saya :) Ya. Berusaha berjiwa bak Khansa’ r.ha. !
  
Ketiganya, saya akan merasakan satu kelainan setibanya di Mesir nanti. Berbeza dengan kali pertama tiba di Mesir. Beza amat.  Cuba memujuk hati, pasti ada didikan tersembunyi atas aturan ini. Katakan pada diri untuk teroka hikmahnya, gali nilai tarbawi yang ada dan besarkan jiwa atas apa jua mehnah yang menjengah tiba-tiba. Mengingatkan saya pada Mush'ab Umair r.h. - berusaha meneladaninya juga. Buat anda yang mengerti  apa yang saya maksudkan, ingati saya dalam doa rabithah kalian.



__________________

*Sebenarnya kesilapan besar dalam mengatur agenda, apabila berpendapat (baca : berijtihad sendiri) akan berada di Malaysia sekurang-kurangnya sebulan  -.-"  apatah lagi bila dalam sitausi tak duduki exam mid-sem. Jangan berangan. Selepas ini, saya perlu pegang pada sifir : mengoptimumkan masa yang ada ! Dalam beramal, menuntut ilmu, dalam menunaikan hak dsb.

*Satu faktor yang membuatkan saya betul-betul  selamat, jiwa tenang lapang dan belajar banyak perkara, adalah kerana suasana yang dihidupkan sesama mereka. Ini bukan aman tak bertempat. Tetapi memang ini yang dirasai dari hati yang penuh ketenteraman. Andaikan apa jua yang berlaku di Mesir ketika itu, saya tetap merasa aman disisi mereka Insha-Allah. Buat mereka ; Jzkkk ! Semoga kita bersama atas jalan ini dan tetap bersama hingga ke alam syurga. Terima kasih jua padaNya – atas anugerah ini.  

*Saya ada dua permintaan. Jika tak keberatan, boleh tolong tunaikan ?

  • Permintaan 1 : Iringi permusafiran saya ke Mesir Jumaat 25 Februari 3:15pagi
  • Permintaan 2 : Bantu saya depani exam mid-sem pre-dental yang Insha-Allah mula sebaik sahaja kami semua tiba di Mesir.
Mohon iringi dan bantu saya dengan DOA ya. Tak kisah bila-bila. Jazakumullah khairan kathira !


Allah. Iringi perjuanganku. 

4 comments:

mujahidah said...

salam. ukhti ahibba' qawiyyah;>
percayalah walau dimanapun nt berada Allah tetap bersama nt.walaupun sedih x dapat mlaksanakan perncangn bersama..tapi insya allah Allah tahu apa yg terbaik untuk kita semua..:>

almuqaddasah said...

ana janji untuk terus mengiringi nt dalam doa:)

.:Diyana:. said...

iqa....aasif tak dapat iring nt kat airport.
ana iringkan dalam doa ya..:D

ha|ana|zak25 said...

@Nahdiyyah, Maryam, Ili :

:')

Jazakillah kk ! Allahumma amien