Pages

May 14, 2011

'Terima Kasih' ini


Bismillah.
Assalamualaikum wbt.

Apa khabar ? 
Semoga sejahtera dalam jagaan Al-Hafiz. Amin.

Sekadar pemakluman, Insha-Allah Final Examinations saya bermula akhir bulan Mei ini (practical) dan pertengahan Jun (written). Mohon doakan, agar kita peroleh kecemerlangan yang terbaik buat diri dan ummah. Insha-Allah.



Semalam, ketika di dalam bas, ada sepasang adik-beradik. Seorang budak lelaki (sekitar 11-12 tahun) bersama adik perempuannya (sekitar 4-5tahun). Si abang memegang erat tangan si adik, membuatkan kita turut rasa selamat melihat jagaan si abang sepertinya. Hinggalah satu tika bas memandu perlahan (sebab kesesakan jalan), tiba-tiba si abang melompat keluar dari bas dan berlari. Terpinga-pinga saya, kenapa tinggalkan adiknya pula ? Mata saya mengekor si abang, dengan pantas dia memberikan wang pada seorang ibu tua bersama anak perempuannya yang cacat, dan berlari melompat naik ke bas kembali.

Subhanallah.

++ 

Saya teringatkan pada kandungan surah al-Quraisy, yang di tafsirkan oleh Syed Qutb Rahimullah menerusi kitabnya.

Betapa, Allah swt memuliakan dan memelihara bumi arab Quraisy.  Buminya yang kering-kontang, diapit antara dua empayar besar ; Rom dan Parsi, kezaliman – penindasan – rompakan yang menjadi sebahagian diri masyarakat di daerah sekelilingnya. Tak lupa juga, kebesaran Allah swt terang-terang nyata ketika kemaraan Abrahah bersama tentera bergajah. 

Sungguh, Allah swt yang Maha Kaya melimpahkan rahmat dan nikmat pada kaum arab Quraisy ; dijadikannya mereka aman sentosa ; jauh dari rasa takut dan bimbang,  meski berlakunya ancaman di sekitar mereka, dijadikannya mewah dengan perdagangan timur barat ketika musim panas dan sejuk, di tambah lagi dengan kehormatan dan sanjungan tinggi yang diberi kepada mereka. Lebih-lebih lagi selepas peristiwa besar ; Abarahah bersama gajah-gajahnya yang gah, kalah mati dengan tentera-tentera Allah swt.

Logiknya, kita akui, ini nikmat besar kurniaanNya meskipun kita tak berada dalam kalangan mereka. Sebagai orang mukmin/ah, kita akui, nikmat-nikmat ini wajar disyukuri  dan menambahkan lagi rasa ubudiyyah (kehambaan) kita padaNya.

Selayaknya kita malu. Diberi nikmat segala, tetapi di ucapkan 'terima kasih' dengan cara ; ingkari kewujudanNya, egois menyempurnakan suruhanNya. Jika kita sendiri, memberi pada orang yang tak  berterima kasih – bongkak lebih-lebih ; dah rasa cukup menyampah. Tetapi, Maha Suci Allah swt, teruskan memberi dan beri dan beri.. walau apa jua cara 'terima kasih' kita pada Dia.


Malunya.

++

Pada kaca mata saya, mereka daripada kalangan keluarga yang kurang berada, namun memberi  pada manusia lain semampunya. Si abang tadi, mengajarkan saya salah satu cara berterima kasih dengan Rabb kita. Mencampakkan rasa gembira di hati saudara kita kan satu sedeqah yang diganjari tinggi.  

Subhanallah .

Oh Allah I beg you to cleanse my heart from ignorance, arrogance, hatred, and all evil. 


**Sisipan :

Sebuah daerah kecil
Terapit di antara dua kuasa besar dunia
Kezaliman dan rompakan di keliling bermaharajalela
Tandus kontang tanah buminya
Hampir-hampir sahaja binasa
dek Abrahah yang cemburu buta

Namun, kuasa Tuhan Yang Maha Esa
Daerahnya terpelihara
Aman lagi sentosa
Dari kemaraan tentera-tentera bergajah
Dan cengkaman kezaliman daerah-daerah sebelah

Nah,
Dihormati dan disanjung-sanjung tinggi pula
Baik tika syoif dan syita’
Timur barat aman diraih manfaatnya
Kekayaan melimpah-melimpah
Menjadikan kau mewah
Di daerah yang seakan tiada nilainya

  واذ قال ابراهيم رب اجعل هذا بلدا امنا وارزق اهله من الثمرات 
(2:216)

Mengapa dibutakan hati dan ego bermuhasabah
Mengapa enggan engkau singkap hikmah
Anugerah Tuhan-mu yang Maha Pemurah ?



p/s : Oh tak lupa, susuli cara 'terima kasih' ini dengan Ikhlas



2 comments:

Izzati Hashim said...

Salam alaik.

Allahurabbi. Malu dengan si abang yang pemurah itu. Kecil2 lagi dah pandai, segan kalau kita pun tak buat juga.

Jadilah hamba yang bersyukur, bersyukur dengan apa nikmat yang diberikanNya.

terima kasih mengingatkan. (=

ha|ana|zak25 said...

sama-sama seling mengingatkan juga :)