Pages

Jul 2, 2011

Ini, Baik. 2#





اريد منكم اعمالا بلا كلام 
العارف العامل لوجه الله 
سندات يدق عليه 
وهو لا ينطق
ارض يمشي عليها
وتغير وتبدل وهو اخرس


***

Abdul Qadir Al-Jailani (tokoh mazhab Hambali di Iraq)

Beliau memusatkan pemerhatian untuk mendidik ribuan murid yang menghadiri tempat pengajiannya tentang kepentingan amal dalam diam.

Inilah perumpamaan seorang daie pejuang Islam. Ia umpama bumi yang mengeluarkan banyak nikmat dan hasil yang tidak terkira dan akhirnya memberi manfaat pada manusia. Di antara manusia ada yang bersyukur dan ada pula yang kufur, namun ia tetap diam dan rela.

Tidak perlu terlalu kagum dengan Si Petah berbicara, kerana besar kemungkinan mereka yang bekerja secara diam inilah yang membawa gelombang perubahan yang besar pada ummat.

***

Aku inginkan daripada kalian untuk mengerjakan amal-amal tanpa bicara. Seorang yang arif dan bekerja dengan ikhlas kerana Allah bagaikan landasan tukang besi yang terus dipukul dengan palu besi namun ia tetap tidak bicara. Atau bagaikan bumi yang dipijak, diolah dan diubah namun ia tetap senyap.

-source : ini-







Proaktif dalam Sunyi,
sangat baik !