Pages

Sep 2, 2011

Ikhtisar Ramadan #2



Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
La illa ha illa Allah hu Allahu Akbar..

Alunan takbir yang berkemundang di masjid berdekatan pada malam itu, menjadi tanda hari 'kemenangan' telah pun tiba. Juga, sebagai satu tanda bahawa tetamu kami ; Ramadan telah berangkat pergi.

29 hari sempurna, Ramadan menemani hari-hari yang telah dilalui. 1432H, buat pertama kalinya saya dan Ramadan bersama, menempuh dan melalui hari sebagai insan rantauan di bumi anbiya' ini. 1001 ibrah dan pengalaman, terkandung sepanjang musim yang penuh 'kebaikan'.  1001 hikmah dan didikan halus, tersembunyi sepanjang musim yang dilipat gandakan amalan kehidupan. Masyarakat Mesir sendiri, akhawat seperjuangan, suasana dan hari itu sendiri, memberikan saya 1001 rencah pedoman. Semoga juga 1001 anjakan perubahan dan manfaat, dapat saya tanamkan dalam diri dan sumbangkan buat umat. Amin.

Kita dan Ramadan.

وَٱلَّيۡلِ إِذَا يَغۡشَىٰ (١) وَٱلنَّہَارِ إِذَا تَجَلَّىٰ (٢) وَمَا خَلَقَ ٱلذَّكَرَ وَٱلۡأُنثَىٰٓ (٣) إِنَّ سَعۡيَكُمۡ لَشَتَّىٰ (٤)

Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelitanya) * Dan siang apabila ia lahir terang-benderang; (2) Demi Yang menciptakan (makhluk-makhlukNya) lelaki dan perempuan, (jantan dan betina); (3) Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya

Pelbagai usaha kita, dalam membuahkan taqwa dari Ramadan. Pelbagai usaha kita dalam mengimarahkan Ramadan. Kalau pun tak 30 juzu’ Al-Quran dikhatamkan, tak sempurna terawih jamaie dikerjakan, tahajjud tak setiap malam dapat ditawan, infaq (sedekah) harta tak 100% dapat dihulurkan,.. Namun, sungguh Allah swt meraikan usaha dan mujahadah kita yang pelbagai. Setiap niat dan kemahuan dalam mengerjakan sesuatu amalan yang kita mahu, Allah swt hitung sebagai pahala.

Sesungguhnya Allah tidak  menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya (atTaubah : 120)

Andai tak kesampaian, kita istighfar dan muhasabah tanpa putus-asa, Allah swt hitung lagi pahala istighfar dan sungguh Allah swt sangat-sangat menyukai mereka yang tidak putus asa !

Katakanlah (wahai Muhammad):  "Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa ; sesunguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani (azZumar : 53)



كل عام وانتم بخير
تقبل الله منا ومنكم

Pada kesempatan ini, saya ucapkan pada muslimin dan muslimat. Semoga fitrah yang dirai pada lebaran ini, memberikan makna yang penuh erti buat diri. Ya, semoga 'kemenangan' hakiki lah yang kita perolehi selepas sebulan bersama Ramadan.

Tetap istiqomah dan teruskan bermujahadah.

Juga,  jutaan terima kasih

Atas doa yang kalian titipkan dalam sembunyi-sembunyi dan kata-kata peransang, pendorong dan jiwa semangat yang sering kalian kongsi. 

Segala kebaikan yang saya peroleh sepanjang hayat ini, saya kira, ia sebagai hadiah buat ummat. Hadiah buat ummat, dari kita. Terus doakan dan usah jemu menguatkan saya !



4 Syawal 1432H
Beyt Sofiyyah,
Kaherah Mesir.

4 comments:

Anonymous said...

ikhtisar tu apa?

ha|ana|zak25 said...

ikhtisar = ringkasan, sinopsis, gmabaran umum mengenai sesuatu.

rujukan, di sini :
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ikhtisar

Anonymous said...

lama tak menziarah ke blog ni...
lama juga tidak mendengar tazkirah drpd empunya blog, moga sama2 sentiasa tsabat walau dimana jua kita berada,kukuhnya ikatan ukhuwah itu apabila kita berusaha menjaga, tetapi jika kita kurang cakna padanya ikatan itu juga akan menjadi rapuh. salam mujahadah~

ha|ana|zak25 said...

jazakillah kk atas ingatan :) dan tetap, terus ingatkan dan saling mendoakan, Insha-Allah.