Pages

Jun 24, 2012

'Nasr' ini.


Debar penantian, bukan main lagi.

Penangguhan keputusan dari hari ke hari ; menimbulkan andaian pelbagai spekulasi.
"Mesti ada something si Syafiq nak buat ni" , "Memang sengaja ni" , "Arab, arab.. bukroh bukroh".
Nak pula semalam kawasan rumah on-off bekalan elektrik ; mesti depa sabotaj ni ! dzon semata tak sudah.

Dan bila akhirnya hari ini dijanji, pukul 3 masih tak umum-umumkan lagi. Kemudian ucap aluannya pula berhelai-helai berjela-jela ; sebelum diumum sudahnya siapa. Memang bikin debar sama hati ! Haiyak.

Cuma satu yang asyik dingat-ingatkan dalam diri.
Apa pun jua nanti, Ikhwan bersedia pasti, dan kita juga, perlu sama ; wa a'iddu sentiasa. Doa, doa dan terus doa tanpa henti. Ada nilai sabar dan yakin sedang Dia didik, barangkali.

Atas harapan kemenangan seorang Morsy.





Pertolongan dan kemenangan itu adalah datang daripada Allah pada masa yang ditentukan-Nya dan dalam bentuk yang dikehendaki-Nya, sedangkan Nabi dan para sahabatnya tidak mempunyai apa-apa peranan dalam kemenangan itu.
Ia merupakan urusan Allah semata-mata yang dilaksanakan-Nya dengan mereka atau tanpa mereka.
Kerana itu dalam menghadapi penghormatan Allah yang melaksanakan kemenangan itu, mereka berkewajipan bertasbih, bertahmid dan beristighfar pada saat-saat kemenangan itu.
-Syed Qutb


Allahu Akbar. Allahu Akbar !

Hakikatnya, ini bukan episod tamat segala. Ending of the story. Bukan.

Teriak gembira, haru dan air mata ; tidak bermakna Mesir kecap puncak kelegaan dan Islam sudah happy ending cerita. Bukan.

Bahkan, ianya baru bermula. Darah syuhada' dan pengorbanan generasi sebelum telah bawa ke episod bahagia saat ini.

Sedang kita, sedangkan kitalah, pelaku watak untuk episod-episod Islam yang seterusnya. Di pundak kita, Islam harus beraksi lagi hingga ketuanan dunia, Islam berada.


اللهم انصر اخواننا










-----
langit baru Kaherah ; hamdalah,
11:14 malam
24 Jun

No comments: