*Akwt belajar dalam slot siyasah syar3iyah semalam : Maslahat
3amah lebih utama daripada maslahat khassoh :)
**apa contoh maslahat 3amah vs khassoh kak ?
*E.g dalam isu Gaza, PM Ismail Haniyah dan Hamas bertegas utk
ambil Gaza, dalam masa yang sama mereka faham dan tahu mereka akan disekat
bekalan elektrik, bekalan makanan lapar dahaga (maslahat khassoh). Tapi apa
yang Hamas nak tanamkan dalam jiwa rakyat Gaza, perjuangan mempertahankan
Al-quds adalah lebih utama daripada kepentingan peribadi mereka. Tak apalah
mereka lapar, takda elektrik, tapi generasi akan datang tahu kenapa keputusan
tersebut diambil, supaya roh dan semangat jihad kekal dalam jiwa umat.
**lagi, lagi..
*Jadi, apa yang boleh kita ambil sebenarnya, maslahat dakwah ni lebih utama daripada kepentingan kita peribadi. Bukan dalam isu sudah berkeluarga shj, tp byk juga dlm isu2 lain e.g. Boleh muhasabah sbb kita balik malaysia dll ;)
*Jadi, apa yang boleh kita ambil sebenarnya, maslahat dakwah ni lebih utama daripada kepentingan kita peribadi. Bukan dalam isu sudah berkeluarga shj, tp byk juga dlm isu2 lain e.g. Boleh muhasabah sbb kita balik malaysia dll ;)
**owh... hurm. dalam medan dakwi&tarbawi ni, bnyk ajar
kita menimbang tara sesuatu pilihan, dan lihat kesan pemilihan kita untuk
unjuran yang panjang.. Allah, moga sentiasa diberi kemampuan memutuskan pilihan
yang menguntungkan ummat. walau sekecil perkara. Jzkkk kak atas pencerahan. kongsi2kan la lagi ye :D
Seseorang, bila mabuk cinta dengan buah hati, maka sebolehnya dia akan turuti mahunya. Dan buat segala-gala-gala yang membuat si dia gembira. Untuk dirinya, diletak tepi. Nanti-nanti. Yang penting si buah hati. Asal si buah hati terima segala-gala-gala dan gembira sepanjang usia. Itu yang akan dipastikan.
Seorang muslim pula, begitu juga. Sedari dia bernafas dalam dakapan
nikmat dakwah & tarbiyyah, maka sebolehnya dia mahu hayatnya memenuhi
segala-gala-gala yang membuat ummah terbilang dan Islam terjulang.
Namun, hakikatnya hendak meletakkan neraca pertimbangan
untuk sesuatu pilihan, bukan mudah.
Orang yang berkepentingan, bila membuat pilihan juga, akan
menimbang tara mana satu pilihan yang beri keuntungan besar dan mudah. Menurut
neraca nafsunya.
Apatah lagi buat seorang daie. Yang sebolehnya mahu
meletakkan keperluan ummah mendepani kemahuan diri. Adakala dia kira, pilihan
yang dibuat mampu beri kamaslahatan buat ummat, tetapi, rupanya pertimbangannya
masih kurang tepat.
Maka, bagaimana mampu seseorang daie itu tahu sama ada
pilihan ini atau pilihan itu, memberi keuntungan buat ummah ? Bagaimana harus
dibuat, agar pilihannya selari dengan redha Ilahi ?
"tak rugi orang yang istikharah dan tak menyesal orang yang
istisyar"
Secara peribadi, satu nikmat maha maksyuk sepanjang saya
dalam komuniti amal jamaie adalah : nikmat istisyar atau berbincang yang
terbuka luas ; antara qiyadah (pimpinan) dan jundiyyah (ahli) serta akhwat yang
tak pernah lokek memberi pandangan.
Memang tak nafi, setiap kita punya ukuran tersendiri. Namun, tetap saya hargai
bagaimana mereka ambil ihtimam (penting) atas setiap sisi pandangan yang
dilontar. Saya tak rasa ruang musyawarah
menjadikan kita seseorang yang tak berdikari membuat pilihan. Bahkan pada
saya, ruang perbincangan dua hala ini, membentuk tasawwur (gambaran) pemikiran
yang labih matang dalam kita meletakkan neraca pertimbangan untuk sesuatu
perkara.
Lebih manis, bila dalam sela perbincangan kita ada bersama
al-Wakil. Yup, dengan istikharah kepada Allah !
Saya teringat satu tazkirah yang pernah kami sesama ahli
serumah kongsikan dari buku “Toriq Ila Rabbniyah – Jalan Menuju Rabbani”. Bagaimana penulisnya i.e Dr. Majdi Hilali
membawa kita berinteraksi dengan al-Wakil dengan sepenuh hati.
Umpamanya, kita meminta seseorang mewakili diri kita di
dalam mesyuarat. Semestinya, kita meletakkan 200% kepercayaan pada dia untuk membuat
keputusan yang terbaik mewakili diri kita dalam mesyuarat tersebut.
Begitu juga, kalau kita minta seseorang 'jaga'kan harta
kepunyaan kita, maka pasti kita minta seseorang yang boleh diletak kepercayaan
sepenuh jiwa raga pada dia. Dengan tenang dan selamba, kita boleh serah harta
berharga tanpa sangsi padanya.
Lebih-lebih lagi lah pada al-Wakil ! Yang Maha Memelihara setiap
inci alam semesta raya. Yang maha mengetahui segala yang terbaik dan yang
paling maha memahami segala yang cocok buat diri kita.
Selayaknya kepercayaan
bulat-bulat kita sandarkan pada-Nya.
++
Didikan Ilahi itu, rinci.
Didikan Ilahi itu, rinci.
Dalam beberapa tempoh sahaja, Allah menemukan saya dengan
jiwa-jiwa yang telah membuat pilihan yang jauh lebih besar dan sedang depani
pilihan yang sangat penting. Dan apa-apa pun, terbaik untuk dunia dan akhirat
itu yang kita citakan, terbaik buat dakwah & tarbiyyah itu yang kita
mahukan ; daripada pilihan yang kita putuskan.
Akhirnya,
Untuk menetapkan
ai-en-ai | i-n-i ;
ini selaku pilihan kita, yang memberi kebaikan buat
ummah dan Islam tercinta yang utama,
bukan boleh bermudah-mudah. Hatta, bukan mudah pun.
Selepas istisyar
bersama mereka yang punya khibroh dan sangat
amanah, disusuli pula dengan istikharah yang penuh pasrah ; kita terimalah
pilihan dengan penuh hikmah.
Bijaksana.
Syukurilah bila pilihan dalam sekelip mata membuahkan nikmat
yang manis. Allah jua, selayaknya kita kembalikan segala hamdalah.
Andaikan pilihan ini
seakan pahit untuk dijamah diri, tempuhilah dengan penuh redha. Allah sedang
tarbiyyah dirimu dan Allah sedang tangguhkan kemanisan terindah untuk sementara
cuma.
Terngiang suara umi di hujung gagang ;
"Allah sedang uji, bila pendirian kita kata nak dunia dan
akhirat, sedangkan mereka yang berjaya itu ada yang meninggalkan salah satu
antara keduanya, maka Allah nak uji apakah pendirian kita akan berubah ? Apakah
kita akan tetap dengan pilihan atas jalan ini atau akhirnya kita nak pilih hidup
berjaya seperti mereka yang mengabaikan kehidupan esok harinya ?"
Allah.. bau buah meranum kian mewangi. Sabarkanlah diri ini,
Ya Allah, untuk menikmati kelazatan manisnya selepas ranum yang sempurna.
Dan,..
Rasakanlah bertuah atas ‘perhatian’ istimewa dari-Nya.
----
"O Allah, letakkan dunia di tanganku dan akhirat di hati"
Rasakanlah bertuah atas ‘perhatian’ istimewa dari-Nya.
----
"O Allah, letakkan dunia di tanganku dan akhirat di hati"
No comments:
Post a Comment