Pages

Aug 24, 2012

Untuk Ukht


Bismillah.

Pernah satu waktu, bila saya terima khabar walimah akhwat tersayang, riak ceria menyambut hamdalah dengan bahagia. Tetapi, jauh nun dalam, jiwa kecil saya sebaliknya pula. Sedih sebenarnya !

“ana tak puas muayyasyah (bergaul) dengan akhwat lagi..”, luah saya.  “.. dah la ana baru je sampai sini. Akhwat dah ramai nak kahwin dan BFG.”

Pada waktu tu, saya merasakan bila ukht dah berkahwin, akan adanya tembok garis sempadan yang memisahkan saya dan ukht tersebut. Dah tak boleh nak jalan-jalan bersama, bermanja-manja dengannya, selalu bertandang dan kacau meja studynya. Bila dah tak serumah, qudwahnya juga tak cukup untuk diteladani lagi. Sebab ukht dah kahwin, rumah lain-lain. Dia dah bersuami dan komitmen selaku isteri.

Bunyi macam selfish. Tapi memang. Untuk nilai muayyasyah ukhawi, nilai kementahan dalam dakwah & tarbiah lagi hingusan saya ni.. bertalu-talu juga suara dalam diri ; kenapa tang orang mai sini, ramai nak kahwin. Ramai sampai giliran BFG. 

Hinggalah akhirnya seorang ukht yang dikasihi sudi menadah telinga mendengar rengekan mengada-ngada saya dan memujuk dengan penuh santun. Hingga ke hari ni, saya rindukan moment tersebut. Moment yang tak lama mana pun, tapi nilai ukhawi dan qudwahnya, seakan kami dan bermuayyasyah sepanjang usia. Sedalam itu dia membekas dalam diri saya. Alhamdulillah :)

Pengajaran yang saya dapat, walau untuk sesaat ; optimumkan semaksimanya ukht di depan mata saya ni. Dapatkan nasihatnya, teladani qudwah dan santunnya, dengari hikmahnya dan rasai penyatuan roh-roh bersamanya. Walau untuk sesaat. Tak kira siapa pun dia. Baik yang bujang atau yang dah berkeluarga.

Maka sejak itu, bila saya terima khabar walimah akhwat tersayang, riak ceria menyambut hamdalah dengan bahagia. Sedang hati kecil saya juga tak putus mendoakan transisi hidupnya selaku seorang isteri dan ibu kelak, dalam dakapan redha Tuhan.

Dan untuk mereka semua, ucapan dan harapan saya tetap sama ;

Barakallahu lakuma ; semoga beit muslim kalian menjadi qudwah buat kami dan ummah. Semoga generasi kalian menjadi mata-mata rantai kuat buat dakwah !

++

Saya sering merasakan kerdil dan tak layak sangat lagi amat-amat, untuk mengatakan prihal ni. Hatta untuk ambil pusing pun, kadang-kadang saya cuba ngelat. Tapi, saya cuba tolak tepi-tepi dan nyahkan ego sebegini. Sebab saya sedari, semakin hari kita semakin memasuki masyarakat yang pelbagai lapisan.

Iya satu masa dulu lingkungan masyarakat saya sekitar mereka yang main police and thief. Kemudian saya bukan lagi depani remaja sweet 17 macam dulu. Usia hari ini telah membawa ke masyarakat sekeliling yang merentas usia dan latar. Termasuk yang akan berkahwin, sedang dan beranak-pinak serta timang cucu.

Kesempatan berziarah ke rumah sanak-saudara dan berbual bersama mereka di Aidilfitri kali ni, dah memberikan pengajaran buat kita ambil pusing isu percintaan, perkahwinan, pengurusan rumah tangga, pendidikan anak-anak, harta warisan hingga ke politik dalam neraca Islam yang sebenar.

Iya. Daie kena layak untuk ambil tahu dan punya ilmu. Jangan rasakan ; ana tak layak mengundi lagi, jadi tak perlu sesakkan kepala dengan politik. Atau ; ana bukan nak kahwin lagi sekarang ni, jadi tak perlu ana ambil tahu. Apatah lagi ada anak, kenapa ana nak sibuk-sibuk tahu la ni juga ?

Ingatlah, kalau tak mahu tahu untuk diri sekalipun, ummah kita hari ini merentas usia dan latar. Macam yang telah dinyatakan tadi. Bagaimana mungkin kita mampu memeluk hati ummah kalau kita tak kenal latar dirinya ?

Mabrook !


Oh iya,
Nukilan ini asalinya saya nak dedikasikan Mabrook* buat ukht yang dalam fatrah walimah. Juga renungan buat kita yang masih belajar memaknakan usia dalam medan dakwah & tarbiyah yang kita imani.

Buat ukht yang akan, sedang dan baru usai transisi selaku seorang isteri khususnya ; ini serangkap amanat dan harapan seorang tokoh umat untuk direnungi, 

Keluarga Islam atau rumah tangga Islam adalah di antara institusi yang paling penting di dalam kehidupan orang-orang Islam secara amnya dan di dalam manhaj ‘amal Islami secara khusus. Ini adalah kerana keluarga mempunyai peranan yang besar di dalam membentuk generasi dan pemuda sebagai harapan pada masa akan datang dan sebagai benteng negara.
-Mustafa Masyur-

Telah bertemu masanya dengan ketetapan yang Allah caturkan. Semoga ukht dapat lalui episod kehidupan ini dan mainkan watak mujahidah ummah dengan sebaiknya. Dalam rabithah, doa saling kita titipakn ya ! 

----
#ukht, Allahu Musta3an. Keep calm and steady ok ;)
#ukht, maaf tak dapat penuhi jemputan-jemputan. Doa dan ingatan sahaja yang mampu ana layangkan
#ukht, sila tekan Mabrook* di atas, ada video khas
#ukht, ahabbaki fillah !

2 comments:

zulaiQa habsyi said...

Sobs. setuju dengan nt. Bahagia & sukacita bila ada ukht yg melangkah anak tangga kedua. tapi..bertakung hati sikit.

Niice post! Boleh guna utk dgr next khabaran gembira :)

ha|ana|zak25 said...

kak Zulaiqa, ..
mohon doa, hati ana tak banjir pula
:(

sebab tak sempat bersua jumpa akak masa di Masia. Moga ada kesempatan untuk teladani fardhul muslim jiwa ukht Zulaiqa Habsyi :)