Pages

Oct 26, 2012

3eidadha 1433 #1




Satu kisah yang tidak asing lagi, bila setiap kali Adiladha kita rai.

Satu kisah, tiga watak utamanya bersama 2 konflik besar yang menggugah jiwa. Tidak lain tidak bukan, kisah si bapa Ibrahim, si isteri Siti Hajar dan cahaya mata kedua mereka ; Ismail a.s. 

Kisah mereka sekeluarga yang dirakamkan di dalam Al-Quran, tidaklah panjang mana. Namun, telah menjadi teladan merentas zaman.

Konflik pertama yang Ibrahim depani adalah bilamana baginda perlu meninggalkan anak isteri di daerah kontang gersang. Dan suka saya kongsikan disini, respon si isteri bila dia terpinga-pinga kenapa suami  tergamak membawa dirinya dan anak yang baru lahir ke daerah yang tak berpenghuni.

“Jika ini merupakan perintah dari Allah swt, maka aku yakin. Allah tidak akan membiarkan kami tanpa perlindungan.”

Konflik kedua yang Ibrahim a.s perlu depani pula adalah apabila baginda di perintahkan oleh Allah swt untuk menyembelih anak sendiri ! Berjumpa mereka setelah sekian lama tidak bersama. Entah tiba-tiba, diperintahkan pula menyembelih anak tercinta.. Allah, Allah. Jiwa bapa mana yang sanggup ?

Dan sekali lagi saya tertambat hati bila dapati Ismail katakan pada bapanya ; Wahai ayahanda, turutilah arahan yang diperintahkan. Nescaya kau dapati aku dalam kalangan orang yang sabar.

[asSaffat : 102]

Nah, ini al-kisah mereka 3 beranak yang akhirnya diangkat menjadi usrah/keluarga qudwah buat ummah.

**

Imam as-Syahid Hassan al-Banna ada nukilkan 10 rukun yang perlu ditanam dalam setiap diri para duat. Antaranya, dibawakan pengertian rukun ke-2 iaitu Ikhlas dengan pengertian yang  tepat dan padat :

أن يقصد الأخ المسلم بقوله وعمله وجهاده كله وجه الله، وابتغاء مرضاته وحسن مثوبته من غير نظر إلى مغنم أو مظهر أو جاه أو لقب أو تقدم أو تأخر، وبذلك يكون جندي فكرة وعقيدة، لا جندي غرض ومنفعة

Seseorang muslim itu meniatkan setiap kata, tindakan dan jihad yang dilakukan hanya untuk Allah, mencari keredaan dan ganjaranNya tanpa mengharapkan harta atau kemasyhuran atau kedudukan atau pangkat atau kemajuan atau kemunduran. Ini bermakna dia merupakan pejuang fikrah dan akidah bukan memperjuangkan matlamat dan kepentingan peribadi.

(قُلْ إِنَّ صَلاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي للهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ) (الأنعام:162)،
وبذلك يفهم الأخ المسلم معنى هتافه الدائم (الله غايتنا) و(الله أكبر ولله الحمد).

Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. [Al-An‘am: 162]

Dengan ini saudara muslim akan memahami maksud apa yang sering dilaungkannya:
“Allah matlamat kami” dan “Allah Maha besar dan segala puji bagi Allah”.


Maka terjawab teka-teki saya ; bagaimana watak-watak di dalam kisah usrah qudwah di atas, mampu tangani konflik dengan maha yakin, tenang, percaya dan cool ?

Kerana mereka meletakkan Allah swt di hadapan ; di dalam tindak-tanduk, pemilihan dan tindak balas atas sesuatu takanan. Kemahuan dan kepentingan diri, tidak ada tempat nun dalam sanubari mereka.

Maka tidak hairan, gelaran usrah qudwah selayaknya buat keluarga ini. Serta, tidak hairan bila Allah mengangkat Ibrahim seperti satu ummat. Kerana mereka benar-benar terbukti, telah menjadi pejuang fikrah dan aqidah.

Malahan mereka telah membuktikan pengertian pengorbanan yang sebenar.

**

Di noktah kelima 10 rukun yang al-Banna gesa buat para duat lumatkan dalam diri adalah at-Tadhiyyah atau pengorbanan.

وأريد بالتضحية:
بذل النفس والمال والوقت والحياة وكل شيء في سبيل الغاية، وليس في الدنيا جهاد لا تضحية معه، ولا تضيع في سبيل فكرتنا تضحية، وإنما هو الجر الجزيل والثواب الجميل ومن قعد عن التضحية معنا فهو آثم

(إِنَّ اللهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ)

Apa Yang Saya Maksudkan Dengan Berkorban:
Berkorban ialah menyumbang jiwa dan harta, masa dan nyawa serta segala-galanya demi mencapai matlamat. Di dunia ini tiada jihad yang tidak menuntut pengorbanan. Segala pengorbanan yang disumbangkan demi fikrah/gagasan ini tidak akan disia-siakan sebaliknya akan dibalas dengan ganjaran yang lebih besar dan pahala yang lebih baik. Sesiapa yang tidak mahu berkorban bersama kita dia akan menanggung dosa.

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka. [Al-Taubah: 111]

Sebaris ayat yang mendalam daripada ungkap kata di atas :

ولا تضيع في سبيل فكرتنا تضحية، وإنما هو الجر الجزيل والثواب الجميل

Sebaris ayat ini mengingatkan saya kepada beberapa peribadi. Yang telah membuktikan kepada kita, pengorbanan tidak pernah sia-sia, sesekali tidak. Pengorbanan yang dimaksudkan adalah bila kita korbankan sesuatu untuk menyampaikan fikrah Islam yang syumul kepada ummat. Sungguh, Allah swt hitung satu per satu apa yang kita korbankan dan ganjaran buat kita sedang menanti di Firdausi sana. 

Antara peribadi yang saya maksudkan adalah….





--- 
*Insha-Allah, moga dikurnia kesempatan untuk kongsi lanjutan omelan kecil ini di waktu yang lain. Insha-Allah.

Eid Mubarak ! Kullu 3am wa ntum fi kheir.



No comments: