Melihat gelincir mentari yang disimbah oran jingga, adalah
nikmat yang indah. Benarlah, setiap jisim yang mewarnai alam raya telah menjadi tanda
bukti bahawa al-Khaliq itu pentadbir yang maha sempurna.
Namun entah mengapa, manusia acap kali lupa dan sering
mendada bangga. Hukum hakam Tuhan, asyik-asyik dipersenda. Sering kali, perintah
suruhan ditinggal-tinggalkan. Amaran larangan pula, ditunai kerjakan.
Jim mendengus perlahan.
Badanya menyandar pada kerusi sambil kedua tangan di atas
meja. Tangan kanannya mengenggam pen dakwat biru. Sedang matanya pula tidak lari dari menatap matahari
yang yang semakin menenggelamkan diri.
Semasa kali pertama berpindah, tingkat teratas rumahnya ini
benar-benar telah menjadikannya malas.
Sekali naik, dia tidak akan keluar rumah. Kerana itu, setiap
kali diajak oleh kawan serumah untuk pergi riadhah, ziarah atau sebarang
program rohani dan ilmiah, Jim tidak ragu-ragu menolak. Melainkan ke kuliah. Hanya itu tanpa perlu diajak kerana dia akan bingkas
sendiri. Namun terkadang, dia liat juga.
Jim tersengih sendirian. Iya, itu satu tika dahulu.
Kini, tidak lagi. Tingkat teratas rumah, tidak menjadi halangan
untuk dirinya keluar memenuhi hak badan dengan bersukan. Juga, tidak menjadi
alasan untuk dirinya tidak menziarahi teman-teman dan raih ilmu pengetahuan.
Bahkan, tingkat teratas rumahnya ini telah menjadi ruang
terbaik Jim koreksi diri. Kedudukan meja belajar yang menghadap tingkap, membolehkan
Jim nikmati gelincir matahari saban hari. Sebuah buku dan sebatang pen akan
menemani untuk dia catatkan segala muhasabah harian yang telah dilalui.
Bismillah.
Hidup di bawah lembayung al-Quran adalah kenikmatan terindah yang hanya dikecapi oleh orang yang merasainya – Syed Qutb.
Benar. Hidup di dalam naungan tarbiyyah adalah anugerah terindah yang hanya dikecapi oleh orang yang kuat bermujahadah.
Terima kasih Allah, atas anugerah terindah ini. Anugerah ini, telah benar-benar membuka lembaran hidup baru buat seorang ‘aku’.
Semoga, Kau tetap kurniakan jiwa besar sepertimana nama ku ini. Sungguh, tiada yang ku pinta, melainkan sebuah hayat bermakna di sisi-Mu sahaja.
--
Mata pen dakwat biru berhenti. Jim mendongak, membuang
pandangan ke luar tingkap sambil membisikan, "Alhamdulillah."
"Jim, 10 minit lagi
maghrib. Pergi masjid, jom."
Dari balik pintu Qay memanggil.
Jim bingkas bangun dan menyahut segera, "Aiwah !"
*
Plot yang tercicir (konon-kononya) :
1 comment:
love the pics
love the words
Post a Comment