Ada titik persamaan yang dirasakan dekat. Kerana itu, barangkali cintaku ini mula berputik pada dia.Titik persamaan yang manakah ? Biarlah. Padaku biarlah hayat-hayat semalam berlalu. Dan kalau berkeras mahu tahu, semaklah hayat-hayat dia yang telah lalu. Mungkin akan ketemu.
Ada bait ungkap kata dia, yang menjadi pendamai jiwa. "Kau Bebas", katanya. Walau badan lemas, lelah dan mengah, luka dan berdarah, hakikatnya "Kau Bebas". Bahkan, pendirian yang dia nyatakan, seringakali buatku kagum. Terserlah kerijalan. Bilaku dengari tulisan yang dia nukil, dapatku tahu dia sangat tegas dan kuat amat ! Jiwaku tergugah, sungguh. Lebih-lebih lagi bila meneliti dia berani kata ; ini hakikat sinar Islam sedangkan itu jahiliah, itu jahiliah, itu jahiliah !
Dan jiwa dia itu tidak tergoyah, bila dia ditekan, diancam dan ditohmah. 'Alhamdulillah' yang dia panjatkan, bila kata putus hukuman dijatuhkan. Jiwaku seakan terbawa-bawa cemburu dan senang, bila dapat dia melambai tangan dan menguntum senyuman buat umat dalam langkah-langkah ke tali gantung.
"Apakah yang berlaku jika kau jemu untuk berjuang,
Dan kau lemparkan dari bahumu segala senjata,
Siapakah yang akan ubati luka para tentera di medan perang,
Dan siapa pula yang akan mengangkat kembali bendera kita ?"
-Syed Qutb, rahimullahu 'alaih.
Lambaian 47 tahun lalu, ku sambut ! Moga tercipta lebih banyak lagi titik-titik yang menyamakan antara kita. Mekar-mekarlah hai cinta !
--
05022013
Nasr City Cairo

"Sesungguhnya, jari yang menyaksikan keesaan Allah semata, tidak akan sesekali tunduk walau dengan satu huruf sekalipun pada thaghut"
Dan jiwa dia itu tidak tergoyah, bila dia ditekan, diancam dan ditohmah. 'Alhamdulillah' yang dia panjatkan, bila kata putus hukuman dijatuhkan. Jiwaku seakan terbawa-bawa cemburu dan senang, bila dapat dia melambai tangan dan menguntum senyuman buat umat dalam langkah-langkah ke tali gantung.
"Apakah yang berlaku jika kau jemu untuk berjuang,
Dan kau lemparkan dari bahumu segala senjata,
Siapakah yang akan ubati luka para tentera di medan perang,
Dan siapa pula yang akan mengangkat kembali bendera kita ?"
-Syed Qutb, rahimullahu 'alaih.
Lambaian 47 tahun lalu, ku sambut ! Moga tercipta lebih banyak lagi titik-titik yang menyamakan antara kita. Mekar-mekarlah hai cinta !
--
05022013
Nasr City Cairo
1 comment:
dikala mentari menyinar alam mengharapkan busyrahayah menaungi kesilauannya :)
salam perkenalan
~tautan hati yg mengeratkan w/pun pertemuan mata sering tak kesampaian
Post a Comment