من المؤمنين رجال صدقوا ما عاهدوا الله عليه فمنهم من قضى نحبه ومنهم من ينتظر وما بدلوا تبديلا ليجزي الله الصادقين بصدقهم ويعذب المنافقين إن شاء أو يتوب عليهم إن الله كان غفورا رحيما - الاحزاب 23-24
"Para sahabat r.a.h di zaman Rasulullah SAW telah terbiasa dengan perjanjian-perjanjian mereka dengan Allah. Keteguhan hati dan keyakinan mereka senantiasa dikuatkan dengan adanya pertalian janji tersebut. Mereka berjanji untuk mendapatkan perniagaan yang jauh lebih indah dibandingkan dengan perniagaan apapun yang ada di dunia ini. Mereka tidak ingin begitu saja melepaskan cita-cita mereka dalam mendapatkan kesyahidan, hanya karena lemahnya hati yang tidak terikat pada suatu kepastian.
Dan ketika cita-cita itu belum terwujud, maka mereka menunggu dengan rasa harapan dan rasa penuh bimbang. Harapan agar dipertemukan dengan wanginya bau syurga dalam kesyahidan dan kebimbangan akan keikhlasan mereka dalam menghibahkan jiwa raga di jalan Allah.
Maka ketika timbul niat selain dari pada Allah, mereka akan bersujud dan memperbaharui niat mereka agar ketika tiba waktunya nanti, mereka benar benar mendapatkan apa yang dijanjikan oleh Allah."
-Syed Qutb rhm.
----
Kita, sering diingatkan agar memperbaharui niat. Namun, jangan sesekali kita lupa untuk memperbaharui taubat. Lebih-lebih lagi buat para duat.
Kerana, boleh jadi lengah-lengah kita di dalam amal, rehat bersantai, tidur berlebihan atau berbelanja mengikut kemahuan menjadi sebab tompok-tompok hitam mewarnai hati kita. Menjadi sebab, cita-cita mencintai syahid dan pertemuan dengan-Nya tersia. Naudzzubillah !
Moga jiwa-jiwa kita tetap terpilih ; untuk BENAR dan JUJUR di atas jalan yang kita imani ini.
اللهم اغفرلنا
2 comments:
ameen. kakak kena sentiasa doakan sy tau.
-izzati
istajib du3ana Ya al-Mujib. untuk adik, sentiasa.
-kakak
Post a Comment