Peliharalah cita-citamu.
Kerana sesungguhnya cita-citamu itu mendahului segala sesuatu. Barangsiapa yang memperelokkan cita-citanya & membenarkannya : nescaya segala tingkah laku yang dibuat akan menghasilkan natijah yang sejahtera.
Kerana sesungguhnya cita-citamu itu mendahului segala sesuatu. Barangsiapa yang memperelokkan cita-citanya & membenarkannya : nescaya segala tingkah laku yang dibuat akan menghasilkan natijah yang sejahtera.
---
Serangkap bait pepatah yang dipetik dari buku arRaqaiq karya tulisan Abu Ammar ini, saya dedikasikan buat :-
1# Akhwati yang pulang ke tanah air tercinta jam 11malam ini. Mahu sahaja saya nukilkan di sini sagala zikrayat (kenangan) kita bersama dan taujihat atau kata-kata pendorong yang kalian titipkan. Namun, biarlah zikrayat yang terlakar; mekar dan bermain dalam kelibat nurani saya dan ukht. Moga, zikrayat inilah yang menjadi sebab kita peroleh syafaat kelak. Begitu juga segala taujihat yang kalian sampaikan, moga mendarah daging dalam tumbesaran diri atas jalan tarbiyyah & dakwah ini.
Ukht, selamat memeluk umat. Kita saling mendoakan ya. Sungguh-sungguh mendoakan !
2# Akhawati yang akan meneruskan perjuangan di bumi anbiya' ini. Setiap daripada kita, ada tempoh berbaki untuk meraih ijazah ; sama ada dalam bidang pergigian, pengajian islam atau perubatan. Tidak lupa juga, di pundak kita ada risalah yang perlu disempurnakan. Semoga kita tetap membahu, demi ijazah&risalah ini ; sama-sama bersungguh, sama-sama berkorban dan sama-sama memperkemaskan perancangan atau meletakkan agenda yang jelas - supaya tempoh yang berbaki buat kita di Mesir ini, tidak berlalu dengan sia-sia.
Ukht, bersama membangun mahasiswa beragenda !
3# Empunya diri ; berkira-kiralah atas setiap tindak-tandukmu. Berkira-kiralah.
Beit Rasya al-Adluny
Nasr City Cairo
Nasr City Cairo
No comments:
Post a Comment