Jul 6, 2009

Syukuri ..

Dengan nama Zat Maha Kuasa di atas segalanya di alam raya ini , kita mulakan sesuatu perbuatan .............




Terpancul kalimah Tuhan yang Maha Agung , tatkala penulis membaca kisah pembunuhan Marwa el-Sherbini di sebuah laman web . Hanya kerana mempertahankan syariat Illahi , dia dihukum dengan neraca dunia yang keji !


'Ibroh Jaulah .


Seketika , kisah benar yang menimpa saudari Marwa el-Sherbini membawa ingatan penulis kepada kenangan di sebuah sekolah swasta di Pulau Mutiara . Subhanallah , di sana penulis sempat berkenalan dengan seorang ukht-saudari dari Kemboja .


Pada awal perkenalan , penulis bertanya padanya , bagaimanakah ISLAM di bumi Kemboja .. ?

" Oh .. Di sana sangat berbeza dengan disini " , jawabnya . Seakan dapat membaca keinginan penulis yang mahu penjelasan cerita lebih lanjut , ukht tersebut membawa penulis menyelusuri sejarah awal Islam bertapak di Kemboja , memberitahu kerajaan yang silih berganti , hinggalah kepada realiti yang menimpa umat Islam di Kemboja pada hari ini .


Huh ~ terlopong juga penulis mendengarkan 'terms' bahasa ibundanya dan fakta-fakta sejarah yang dibawa ... ! Terselit rasa kagum melihatkan keazaman dan kecintaan pada Islam Kemboja yang terpamer pada riak wajahnya .


Bila dibandingkan antara tanah air kita dan ukht tersebut serta kehidupan Muslim di benua eropah sana ......... Penulis rasa bersyukur , kerana di sini , di bumi Malaysia ini , kita masih lagi dalam suasana yang bebas untuk mengamalkan Islam . Kita masih lagi bebas untuk bergerak mencari dan menggali tarbiyyah . Kita masih lagi bebas untuk mencari kesempatan dengan semaksimanya untuk mengikuti tarbiyyah !


Syukurkah kita ?




"Sekiranya kamu BERSYUKUR , nescaya akan Aku tambahkan lagi . Dan sekiranya kamu KUFUR , sesungguhnya azabku amatlah pedih" [Ibrahim:7]

Peringatan yang penulis tujukan buat diri sendiri , jua buat anda - du'at yang bermatlamatkan Allah dalam segenap lapangan hidupnya ; berSYUKURlah dan manfaatkan kesempatan yang ada untuk meningkatkan IMAN + AMAL dalam jiwa serta berMUJAHADAHlah dalam memastikan kita tetap ISTIQOMAH :)

No comments: