Pages

Jul 23, 2009

Tapis ; Air & Iman

"Hari ini juga kita kena beli penapis air !"
Inilah titah biro masakan bait ar-Rayyan , bila didapati ahli rumah kami semakin melarat diserang sakit tekak , ngilu gusi , gigi berlubang , batuk-batuk ........ dek bekalan air yang berkarat .

Dalam tempoh 24 jam selepas titah disuarakan , penapis air gah di sudut dapur rumah . Biro masakan memang cekap , Tahniah ! Dalam tempoh 48 jam penapis air berperanan , ternyata molekul-molekul karat dapat disingkirkan dan kesannya , kejernihan air di rumah kini lebih diyakini dan selamat diminum tanpa perlu diragui !



Kata salah seorang dari kami ....
" Kita hendakkan sesuatu yang terbaik buat kesejahteraan tubuh badan kita , begitu juga dengan ALLAH kan ? Mahu jiwa yang terbaik menyelusuri jalan-NYA.. "
++++++++++++++


" Akan ada di kalangan umatku segolongan umat yang muncul berpegang kepada kebenaran . Mereka tidak disusahkan oleh sesiapa yang mengacuhkan mereka sampai datang perintah Allah , mereka tetap begitu " (bukhari&muslim)



Indah kalam Rasul junjungan

Perlukan keteguhan azam

Istiqomah , tetap pendirian

Jangan mudah terhalang

Janji Allah pasti datang !


Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya

Rasul bermadah lagi

Satu janji , satu aspirasi

Islam takkan dapat ditandingi

Cuma yang belum pasti

Adakah kita tinggi peribadi ?

Untuk memikul amanah suci

Bagi merebut pandangan ILAHI

Sebagai jiilul Quran tersendiri ....



" Allah lah yang Maha Kaya sedangkan kamu lah orang yang berkehendak ( kepada-Nya ) dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan menggantikan ( kamu ) dengan kaum yang lain , dan mereka tidak seperti kamu ini " ( Muhammad : 38 )



Ayat ALLAH cukup menggentarkan

DIA tidak teragak-agak membuat tapisan

Buat hamba-hambanya yang bermalas-malasan

Sentiasa mencipta alasan

Liat dengan dakwah dan peningkatan

Mahu diketuk berterusan

Tidak menjadikan penggeraknya Iman

Cinta ALLAH dibuat khayalan

Bimbang kelak diri akan terbuang

Daripada jalan dakwah , penuh ujian

Dibiarkan ALLAH penuh keasyikan

Tertipu dengan jalan kehancuran !!



Ketahuilah ............

ALLAH memelihara jalan-NYA

Agar disusuri hati yang bersih

Sarat dengan ketaqwaan

Merindui wajah-NYA

Jua keredhaan

Itulah jiwa insan pejuang



Bimbangilah ....

Daripada memiliki jiwa munafiq

Bertopeng ketaatan ... !



Inspirasi : Tautan Hati - Fatimah Syarha
++++++++++
" Alamak ! Tak faham la thumb-drive ni .... kenapa tak boleh buka ? Dari laptop muallim , sekolah ... sekarang kat laptop umi pon tak boleh juga ... ??? Pastu , dia bagi pilihan untuk format balik ???? "
" Cuba la format balik "
" Ok ......................... la . Untuk kali ke-3 !! Habis hilang segala-galanya ! "
" Ada virus la tue ~ Dah ... dah , nanti tolong install kan Kaspersky 2009 kat laptop umi "
.. erm . Segalanya perlu pada TAPISAN . air . thumb-drive . laptop . IMAN .

2 comments:

|makhlukDIA| said...

wah..mantap2..analogi air dan iman..

lupe pulak..ana pon saket tekak hrtu..pastu ngadu ngan umi ana..tp x dilayan..sob2..

mantap punye ketua senduk arrayyan..sekali perintah terus ade..ke ke ntah2 korg dah lame rancang..sejak ana ade lg..hehe2..(dah dah jgn carik gado dgn die..he2)

moga2 kita tsabat di jalanNYA!amen

ha|ana|zak25 said...

Rancang , .. rancang juga 'affa .
But , once nmpak penangan air tanpa tapisan ...
Titah ket. masak diturut jua ~

Allahumma Tsabbitna