Aug 29, 2009

Little 'lalat' & Thousands 'ketam'

Kerananya BAHAGIA + Kerananya DERITA

Imam Ahmad dan Ibn Abi Syaibah meriwayatkan Sayidina Salman Al-Farisi ia berkata, “Seorang lelaki masuk syurga kerana seekor lalat dan seorang lelaki masuk neraka juga kerana seekor lalat.”

Dua orang pemuda telah ditakdirkan Allah SWT untuk melalui sebuah kawasan yang didiami oleh sebuah kaum. Kaum tersebut merupakan kaum yang menyembah berhala. Mereka tidak akan membenarkan seorang pun berlalu sehingga sesuatu korban dipersembahkan.
Kaum tersebut telah meminta mereka memberi korban untuk sembahan. Mereka tidak kisah hatta seekor lalat pun.

Lalu seorang pemuda telah mengorbankan seekor lalat untuk berhala kaum tersebut. Pemuda tersebut dilepaskan. Pemuda tersebut merupakan pemuda yang dimasukkan ke dalam neraka.


Manakala seorang pemuda lagi enggan untuk melakukannya. Pemuda tersebut menjawab, “Aku tidak akan mempersembahkan apa-apa selain kepada Allah SWT”.Mendengar jawapan tersebut, kaum tersebut mengambil keputusan untuk memenggal kepala pemuda tersebut.


Maka matilah pemuda yang enggan mengorbankan korbannnya. Pemuda itu adalah pemuda yang dimasukkan ke dalam syurga.

Hanya kerana seekor lalat, seorang pemuda telah dimasukkan ke dalam syurga manakala seorang lagi dimasukkan ke dalam neraka.

"BUANG MASA ?!"


Ombak besar bersama ribut baru melanda sebuah kampung nelayan . Di pantai terdampar ribuan ketam kecil yang dibawa bersama ombak besar itu . Apabila ribut reda dan cuaca tenang semula , kelihatan seorang budak kecil sedang mengutip ketam-ketam yang sudah 'nyawa-nyawa ikan' kerana kekeringan . Lalu , budak kecil itu mecampakkannya semula ke laut . Seekor demi seekor .

Perbuatan budak kecil itu diperhatikan oleh si abangnya . Dia pelik . Melihatkan adiknya tekun dan sungguh-sungguh mengutip satu demi satu ketam-ketam kecil untuk dicampakkan ke laut .

" Dik , buat apa tu ? " si abang menghampiri adiknya .

" Tengah kutip ketam ni . Nak campak ke laut . Nak 'join' ? " jawab dan pelawa si adik .

" Kenapa nak main campak-campak ketam ke laut ni ? Cam bosan je .. "
" Nak selamatkan nyawa ketam ni laa bang .. "
Tangan si adik masih dan terus mengutip dan mencampakkan ketam-ketam itu ke laut .

Si abang tersenyum . Sambil menggeleng-gelengkan kepala .

" Lawak laa ... Sia-sia je perbuatan adik ni . Kat pantai ni ada beribu-ribu ketam nak mati . Tak sempat laa nak selamatkan semuanya . "

" Eh , taklah . "
" Huh . Kenapa pula ? "
" Mungkin nampak cam sia-sia .. sebab macam tak guna nak selamatkan 2-3 ekor je . Tapi ni soal nyawa kan abang ? Sekurang-kurangnya , adik akan selamatkan spesis ketam ni kelak . "

Moral Values ?



Apa 'ibroh @ moralnya dari kedua kisah diatas ?

Sama-sama kita , kerahkan AQAL + tanyakan IMAN ..

FIKIR-ZIKIRkan

3 comments:

Anonymous said...

"Jgn kamu meremehkan walau perkara kecil"

du'at in process said...

small changes can give big differences

haANAzak25 said...

Shukran ..

Kecil itu GERGASI .