
Sejak keruntuhan Daulah Khilafah Islamiyah ....
Jiwa kita sangat-sangat rindu menghirup udara seaman + seselamat era pemerintahan Khalifah al-Mu'tasim , yang tangkas membela maruah seorang muslimah yang tercalar .
Jiwa membuak-membuak impikan kejaguhan Salahuddin al-Ayubi membela dunia Islam hari ini .
Jiwa kita menggantung harapan tinggi belia Islam kini , matang seperti al-Fateh pembuka Kota Contantinople .
" Alangkahnya nikmatnya , ummah pada hari ini sama seperti ummah pada 1400 tahun yang lalu .... "
Manhaj hidup mereka .

{ as-Saff : 8 }
" Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka ...... "
Inilah cita & impian mereka yang tak pernah luput di telan zaman .
- mendakwa Islam itu terrorist .
- serangan Ghazwatul-Fikr ( serangan pemikiran )
- arahan membunuh para mujahid , sembelihan Shabra&Shatila , Deir Yassin , merampas tanah , meyatimkan anak-anak Palestin .
Janji Allah buat kita .
" ..... tetapi Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya , meskipun orang-orang kafir membencinya " { as-Saff : 8 }
ALHAMDULILAH .
Dalam berjuta angka manusia , kita bernyawa sebagai individu yang mengerti LA ILLAHA ILLA ALLAH . Dalam kesesakan ummah yang tertipu hiasan dunia , kita dipilih untuk mempunyai keFAHAMan antara putih hitam ; al-HAQ vs al-BATHIL .
Ya . Dan kita sentiasa . Tak pernah putus-putus doa . Moga kita tetap dalam golongan ini . Moga kita dicurahi nur Illahi selalu .
" .... sesungguhnya , mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan , dan kami tambahkan petunjuk kepada mereka . " { al-kahfi : 13 }
Mustajab DOA sejajar USAHA
" Kita wajib mulakan usaha Islam ini dari bawah . Kita wajib mendidik individu "
Inilah komentar Syeikh Syakib Arsalan bila diajukan jalan penyelesaian kemelut Islam kini .
Saya kagum sejujurnya . Bila mendapati kawan-kawan yang berkarenah 'gila-gila' , tetapi adakalanya mereka FAHAM + CAKNA dengan dunia hari ini , bahkan lebih alert daripada diri saya sendiri , " Oh . Ni bukan yang Islam ajarkan ... " , dan sebahagian daripada identiti sebenar mereka terzahir bilamana dia bersendiri-sendiri , tidak bersama member se'kamcing' .
" Benarlah . Manusia tidak lari dari fitrah suci ini . Cuma perlu digilap dan dipandu lagi . Sayang , andai fitrah yang berakar di lubuk hati , dibenamkan dan dibiar begitu sahaja ........."
Cadburry dan Habib Jewels
Alkisah ~
Satu hari seorang budak terlanggar seorang pak cik .
" Maafkan saya , saya excited berlari . Sorry ye pak cik "
" Eh tak pe nak .. Biasalah budak-budak "
" Eh . Ni coklat pak cik .... Eeee . Sedapnya . Pak cik makan coklat ke ?"
" Pak cik dah tua nak , gigi pun tak kuat mana . Kamu nak ?"
Dengan terujanya , budak tu melompat .... " NAAAAAAK !! "
" Boleh je . Tapi ..... dengan syarat . Kita main tukar-tukar . Pak cik bagi coklat , kamu bagi sesuatu juga pada pak cik . Boleh ?? "
" Boleh 3X . Emmmm . Hah , pak cik nak tak pin batu ? Saya bagi pin batu ni je boleh ? "
" Eh , betul ke ? Kamu tak sayang pin batu tu ?"
" Besar sangat . Susah saya nak lari . Bukan boleh buat makan pon . Coklat laaaaaagi sedap :) "
Maka berlakulah peralihan tangan antara coklat dan pin batu .
Alahai ... ! Sayang sungguh budak ni . Semata coklat sebatang dilaburkan brooch berlian terkemuka . Mana tidaknya , nisbah harga brooch berlian itu mampu menyamai nisbah harga 1000 batang coklat !
Umpama TARBIYYAH ( pin batu ? ) dan hiasan duniawi ( sebatang coklat ) . Zahirnya pin batu , tiada nilai disisi budak tadi . Zahirnya pin batu , tak mampu memenuhi impian budak tadi .... tapi zahirnya pin batu berharga buat mereka yang mengetahui harga dan nilainya .
Hanya orang-orang yang tahu harga dan nilainya TARBIYYAH yang mahu cari , gali , rela berkorban asalkan kelak merasa kemanisan TARBIYYAH .

RAMADHAN KAREEM
Ambil peluang bonus TARBIYYAH bulan ini . Gunakan semaksima semester yang ditawarkan -rahmah+maghfirah+jaminan perlepasan dari neraka- Moga kehadirannya menjadi lebih bermakan dalam diri kita .
Buat individu yang tidak mahu menjadi sembelihan percaturan sistem dunia kini , buat individu yang cinta pada kebangkitan Islam , buat individu yang impikan pada kedaulatan ummah ini , buat individu yang cita pada Mardhatillah dan pertemuan dengan Rabb Jalil kelak ... Carilah TARBIYYAH . Pandulah diri pada TARBIYYAH . Serahkan diri pada TARBIYYAH . Bantu jugalah sahabat mahupun kerabat pada TARBIYYAH . Iltizamlah pada TARBIYYAH .
[ Tarbiyyah bukan segala-galanya tetapi segala-galanya hanya dapat diraih dengan Tarbiyyah ]
2 comments:
tarbiyah.
rindu tarbiyah dalam rumah arrayyan~
tarbiyah .
pintu bait ar-rayyan sentiasa mengalu-alukan kedatangan nt ;)
tarbiyah .
pintu kelas 6 Muadz sentiasa terbuka untuk mereka yang mahu dimudahkan jalan ke syurga .
Post a Comment