Pages

Sep 18, 2009

Ikhtisar Ramadhan


" Akhirnya , keluarga kita telah sempurna "

Ahli Baru :)

Sememangnya .. tahun ni , merupakan tahun pertama kami sekeluarga agak sukar berkumpul ' time' cuti sekolah sekali serentak . Yang calon SPM , sukar diberi pulang oleh pihak sekolah . Yang calon PMR’2010 pula jarang-jarang di rumah bila pulang . Apatah lagi yang calon STAM , cuti panjang baru pulang (ye ke ?) . Bila dapat berkumpul semua sekali , meriah juga la rumah . " Tak la sunyi macam selalu….", kata yang calon UPSR .

Sememangnya , bulan Ramadhan yang Maha Rahmat ni , terasa hangat bersama keluarga ….. Alhamdulillah , awal Ramadhan berjaya menghimpunkan kami sekeluarga semeja . Alhamdulillah . Kalau bukan dengan keizinanNYA , tiadalah ahli baru di dalam keluarga kami .


"Eh , siapa nama kura-kura nie ? Oogway .. ?" ( balaghah istifham mengusik)
"Tak lah . Panggil je kura-kura . Seekor jantan , lagi seekor betina…"
**Oogway merupakan nama karekter kartun dalam Kung Fu Panda . Kartun yang diminati oleh adik-adik saya … buat masa ni .

Kehadiran mereka di bawah ni pula kerana kejayaan adik bongsu dalam exam ~



Tetapi … yang paling 'excited' merupakan kakak-kakak & abangnya .

"Bagi nama Hamtaro dan …… Haruto nak tak ?", seorang daripada lima memberi cadangan .

"Susahnya nak sebut . Panjang sangat", komen ummi .

"Hah ! Aya dan Aso .. !! Yang kurus nama Aya , yang gemuk nama Aso"
"Haish ! Aya , aya … Senang-senang bagi nama Yahya , lagi seekor Ayyash . Yahya , Ayyash .. best !"
"Tak patut la !", suara protes .

**Hamtaro merupakan nama karekter kartun hamster jepun .
**Aya & Aso/Haruto merupakan nama watak di dalam drama jepun One liter of Tears .
**Yahya ‘Ayyash merupakan tokoh mujahideen Palestin .




Maha Suci Allah . Kematian 11 ekor digantinya dengan kelahiran 11 ekor !



Rezeki Perantau ~


" … Sesiapa yang memberi seseorang berbuka puasa , maka amalan itu merupakan pengampunan bagi dosa-dosanya , menyelamatkan dirinya dari api neraka dan baginya pahala sebanyak pahala orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa itu …"


Tak kurang juga ketika menjalani episod Ramadhan di Ipoh .
Alhamdulillah . Seronok bila ada yang sudi menjemput kami berbuka bersama di rumah mereka .
"Hari ni pak cik & mak cik nak jemput semua berbuka puasa di rumah"
"Minta maaf pak cik , hari ni kami berbuka di rumah mak cik Nor …"
"Oh ye ke …. Kalau esok , boleh ?"
Hikmahnya , bukan dapat makan @ belajar masak semata . Paling utama , ikatan silaturrahim dapat dipertaut & dieratkan lagi . Bukan sahaja dengan tuan rumah , bahkan dapat menjalin silaturrahim dengan anak-anak mereka , sanak-saudara dan juga jiran-jiran disekeliling mereka … Dan semestinya , tiada kemanisan yang setanding dengan kemanisan ukhuwwah islamiah , kan ?






Jazakumullah khairan kathiran yang tidak terhingga buat kalian !

Anugerah Terindah
17 Ramadhan 1430H
Kenderaan untuk bertarawikh di masjid Muhibbudin Shah telah diatur . Jujurnya , kami memang tak sabar-sabar menunggu detik itu . Hari ini , gabenor dari Gaza akan datang . Berterawikh di sana . Pastinya , beliau akan membawa khabar terkini prihal saudara-mara kami . Bukan melalui sumber Bernama mahupun Reuter , tapi dari lisan & perasaan seorang warga Palestin sendiri . Pastinya , beliau juga akan memberi butir mutiara untuk diamal bersama . Kami memang tak sabar-sabar untuk tibanya detik itu !

Semua dah bersiap-siap awal . Lagi beberapa minit masuk waktu Isya’ …. Namun aturanNYA mengatasi segala sesuatu . Dipendekan cerita , akhirnya hanya 3 orang sahaja yang dapat pergi . Sedang yang baki , pasrah pada aturan ini . Ada hikmahnya pasti , pujuk hati .

"Jangan lupa rakam ea" , pesan kami pada mereka bertiga .

18 Ramadhan 1430H
Kamera yang merakam episod malam tadi saling beralih tangan . Alhamdulillah , kemajuan teknologi kini , memungkinkan kami (yang tak pergi) untuk merasa juga meski tidak turut serta . Kesemangatan mereka bertiga berkongsi cerita , turut membuatkan kami bersemangat juga untuk setia mendengar . Dengan penuh inkuiri tinggi .. !

"Dia cakap bahasa arab 'ammi atau fushoh??"
"Dia cakap arab fushoh , pastu dia cakap memang jelas , sepatah-sepatah …"
"Wah . Faham la ?"
"Memang faham la !"
Tiba-tiba . Muallim Razmi datang ke kelas . Kejutkan yang tertidur . Seterusnya mengkhabarkan ……… , "Ok , gabenor Gaza datang , nak berjumpa dengan antum . Turun ke surau sekarang ."

Subhanallah ! Maha Suci Allah ! Hanya Dia yang tahu betapa melonjaknya hati kami … !


"Allah menggantikan kita dengan sesuatu yang lebih baik ! Sangat baik !"
Sungguh . Sangat terharu pada rencana aturan Allah yang Maha Halus .

Ini pengalaman pertama saya , juga sebahagian daripada kami . Bersua dengan seraut wajah yang mendengar sendiri bedilan bom Zionis , menyaksikan sendiri keajaiban bumi suci Palestin & menghidu kewangian darah para syuhada' .

Butir-butir kata yang dilontarkan buat kami ; PEMUDA , menjadi muhasabah bersama . Kembalilah pada ALLAH dan binalah TAQWA , antara saranan beliau . Saya percaya , setiap pasang telinga yang mendengar dan hati yang mentafsir , menyemat teguh segala butir mutiara Syeikh Izuddin dengan azam tersendiri . Ya ALLAH , teguhkan keazaman kami selalu !





Hassan Al-Banna mengajak dan mengajar kita untuk mencari apa yang tak diketahui oleh manusia lainnya . Mengajak kita menggali apa yang tak digali oleh orang-orang biasa .. dan akhirnya kita menjadi peribadi yang luar biasa , khususnya PEMUDA !
Satu anugerah Ilahi , yang saya pasti tak akan luput di dalam ingatan akhwat dan saya .. sempena Ramadhan kali ini ……………



+++++


Inilah , sekadar merakam dan berkongsi sebahagian episod Ramadhan yang bermakna ini . Saya mohon yang sangat , moga masih dikurniakan kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan lagi !



Allhumma bariklana fi hadza Ramadhan … wa balighna Ramadhan .


Barakah benar bulan ini !


3 comments:

aisyah hijazi said...

waaaaaaaaa subhanallah99x!!!

ana kat sini merasa bertarawikh berimamkan ex-imam masjid al-aqsa di masjid uia... atau nama sebenarnya masjid kolej malaya..~ alhamdulillah

hehe.. ramadhan sudah berakhir untuk tahun ini.. moga berkesempatan utk bertemu lg di tahun dpn =) dan moga amalan2 kita diterima hendaknya..ameeeen~

|makhlukDIA| said...

tqa!!!
wahh..jeles lg skali nie!
gaza.gaza.gaza.

sonok sgt2 kan puasa kat ipoh!
nak g ipoh!

herm..moga2 ramadhan kali ni dpt kite manfaatkan sebaik mgken. insyallah

ha|ana|zak25 said...

[Aisyah & 'Affa]

Hadza min fadhli Rabbuna :)

Cpt2 dtg Ipoh , kta raikan adilfitri sama2 .
Oh tak ...
Sebelum tu ,
kta kne prepare STAM sama2 !!

TaqabAllahu Minna wa Minkum ...