Feb 11, 2010

61 dan terus mekar !


Secarik Prolog .

Kegiatan dan kejayaan yang dicapai al-Ikhwan al-Muslimin tidak disenangi oleh kerajaan dan pihak British . Negara Barat mendesak Kerajaan Mesir supaya membubarkan Jemaah al-Ikhwan al-Muslimin . Lebih-lebih lagi bilamana pasukan tentera al-Ikhwan yang berperang di Palestin telah menunjukkan keberanian dan komitmen yang luar biasa . Justeru itu sebagai satu helah politik musuh , pada bulan November 1948 , gencatan senjata telah diadakan .


Pada 8 November 1948 , Perdana Menteri Mesir mengistiharkan pembubaran al-Ikhwan . Unit-unit tentera Mesir dan tentera al-Ikhwan yang berjuang di Palestin itu dipanggil balik . Berbagai tuduhan dan fitnah dilemparkan ke atas al-lkhwan . Anggota-anggota al-Ikhwan ditangkap , dimasukkan ke dalam penjara dan mereka diseksa dengan teruk , malah ada yang dibunuh .


Helah kematian .


Dengan alasan untuk mengendurkan ketegangan (konflik) antara al-Ikhwan dan kerajaan , pihak kerajaan menjemput Hasan al-Banna untuk berunding bertempat di Pejabat Jam'iyyah al-Syubban al-Muslimin . Hakikatnya saudara/i , jemputan itu hanyalah sebagai helah untuk membunuh Hasan al-Banna .


Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang , Hasan al-Banna bersama iparnya Abdul Karim Mansur , seorang peguam , suami kepada adik perempuannya berada di pejabat tersebut . Mereka menunggu Menteri Zaki Ali Basya yang dikatakan mewakili kerajaan untuk berunding , tetapi dia tak kunjung tiba .

Akhirnya selepas solat Isya' , mereka berdua mengambil keputusan untuk pulang . Ironinya , kawasan yang lazimnya sibuk menjadi lengang pada waktu itu . Lampu-lampu jalan dipadamkan , semua kedai dan restoran ditutup , dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melalui jalan berkenaan .. melainkan , sebuah teksi yang asyik berulang-alik mencari ‘sesuatu’ ..


Hassan al-Banna menahan teksi tersebut . Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil , dua orang matagelap menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan tembakan pistol dan kedua-dua mereka terkena tembakan itu . Iparya itu tidak dapat bergerak akibat terkena tembakan tersebut . Hasan al-Banna walaupun terkena tujuh tembakan , beliau masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat Jam'iyyah alSyubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa mereka ke hospital .

Setibanya di Hoaspital Qasral'Aini , Imam Al-Banna telah ditinggalkan bersendirian tanpa diberi sebarang rawatan kecemasan , atas arahan pihak atasan . Hinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak . Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un .




Tragis Pengurusan Jenazah .


Pihak polis telah menyampaikan berita kematian kepada ayah Hasan al-Banna pada jam 1 pagi , dengan menyatakan dua pilihan:


1)Pihak polis akan menghantarkan jenazah ke rumahnya untuk beliau menjalankan urusan pengkebumian pada jam sembilan pagi tanpa sebarang perhimpunan .


2)Jika tidak menerima tawaran pertama itu, pihak polis sendiri terpaksa membawa jenazah dari hospital ke kubur tanpa beliau melihat jenazah anaknya itu .


Ayah Hasan al-Banna menerima pilihan yang pertama . Sebelum fajar menyinsing , jenazah as-Syahid dibawa ke rumahnya di Hilmiah al-Jadid dengan sebuah kereta yang dikawal rapi oleh polis yang lengkap bersenjata . Di sekitar rumahnya juga terdapat polis dan tentera berkawal dengan rapi . Mereka tidak membenarkan sesiapa pun menghampiri kawasan tersebut . Hinggakan tiada orang yang melihat dan mengetahui masa tibanya jenazah as-Syahid di rumahnya .

Sheikh Ahmad Abdur Rahman , ayah Hasan al-Banna yang sudah berusia lebih 90 tahun itu dengan penuh kesabaran memandi dan mengkafankan jenazah anaknya yang baru berusia 43 tahun itu seorang diri . Setelah diletakkan ke atas pengusung , beliau memohon pihak polis mencari beberapa orang untuk mengusungnya . Tetapi pihak polis menjawab, biarkanlah orang-orang perempuan tolong mengusungnya.


Polis tidak membenarkan sesiapa datang ke rumah tersebut untuk mengucapkan takziah dan tidak dibenarkan membaca al-Qur'an . Ayah Hasan al-Banna tidak dapat berbuat apa-apa lagi . Beliau dengan tiga orang perempuan terpaksa mengusung anaknya itu menuju ke Masjid al-Qaisun untuk disembahyangkan . Pihak polis terlebih dahulu telah pergi ke masjid memerintah orang-orang yang ada di situ supaya meninggalkan masjid . Sheikh Ahmad seorang diri menunaikan solat jenazah ke atas anaknya itu . Kemudian mereka meneruskan pengusungannya menuju ke perkuburan untuk disemadikan jenazah as-Syahid .


+++++


Saya mengetahui namanya , menerusi al-Mathurat . Bilamana terbaca kisah 'bagaimana' dia menemui syahidnya , barulah saya mula menyelusuri detik-detik kehidupannya . Seolah-olah menyelesaikan kira-kira matematik secara sonsang atau merungkaikan equation fizik yang misteri ~


Subhanallah . 61 tahun sudah , dan fikrahnya terus mekar !






"Dan diantara orang yang beriman itu , ada yang membenarkan apa yang telah dijanjikan oleh Allah kepadanya , dan ada antara mereka yang telah pergi dan ada pula yang sedang menunggu"




Ya Allah , pasakkan jiwa kami untuk tergolong dalam kalangan mereka yang teguh menunggu !

5 comments:

|makhlukDIA| said...

" ana nak jejak perjuangan hasaan albanna..."

akan ana terus ingat ayat2 nie..

hebatnya 'roh' sang imam sehinggakan manusia bertopengkan syaitan gerun padanya!

tepuk diri dan iman.." di tahap manakah kita? "

ira said...

semoga Allah merahmatimu wahai Imam al-Banna.

'ku mohon , semoga Allah tetap tumbuh suburkan hati kita.. semoga kita dberi kekuatan utk terus kekal, ats jalan lurus.....'

wah2, entry yg sngt mengasyikkan. terima kaseh lo0r~

ha|ana|zak25 said...

>'Afifah :

Syukran krn ingat :) dan terus ingatkan ana .

>ira :
Amieen .

miss nabilah said...

;)

ha|ana|zak25 said...

>miss nabilah
ukht , musytaq alaiki jiddan :)