Pages

Jan 21, 2010

PUAS ?



Andaikan sahaja , anda seorang pemain bola handalan yang amat digeruni oleh pihak lawan . Tendangan bola anda , tiada siapa yang berjaya matikan . Ketika di dalam sebuah perlawanan yang amat genting , anda berjaya menghambat bola daripada pihak lawan . Namun , tiba-tiba anda tidak mampu mengangkat kaki untuk menendang bola pada jaringan !
Andaikan sahaja , anda seorang pemandu yang berkompetan . Memandu ke dan dari tempat kerja , menjadi rutin seharian . Dari utara ke selatan , timur ke barat , anda masih mampu memandu dengan berhemat . Namun , pada satu pagi , ketika anda hendak ke tempat kerja anda terasa keliru .... " Macam mana nak mula memandu ye ? "

Setelah sekian lama tidak dapat menembusi alam maya ni , saya terasa seakan kaku untuk melontar bicara di sini . Skill penulisan terasa seakan merudum , apatah lagi hati ini . Alahai .. Rasa kaku yang mengheret saya pada pembaziran waktu ... Astaghfirullah .


Baik .


Sewajarnya saya mulakan dengan nama zat yang Maha Agung ;





Allahu ya zaljalali wal ikram .





Setiap hari , terutamanya selepas hujan , salah seorang daripada adik-adik saya akan ke parit di belakang rumah . Menjenguk-jenguk ke dalam parit , kemudian berlari-lari . Memang rutin harian.. Tidak lain tidak bukan , tujuannya adalah menangkap ikan !
Kami geram melihat telatahnya , tapi dia seronok dan tak pernah peduli geramnya hati kami . Macam-macam sudah kami lakukan untuk menghalang dia ke parit .... dibelikan ikan di kedai haiwan , dihadiahkan pula kura-kura , diberikan hamster . Namun , semuanya tak menjadi selepas sebulan dua . Ikan di parit juga yang dia mahukan .
Daripada jaring hak milik jiran , hingga ke joran kepunyaan pak cik kami .. habis digunanya . Kini , dibelinya tali pancing sendiri dan habis pin peniti dilebur atas api untuk dijadikan mata kail . Makin menjadi-jadi rasa geram dalam diri... !




Istimewanya , dia tidak rambang menangkap ikan . Hanya ikan-ikan terpilih sahaja yang diinginkan . Jika ikan lain yang termakan umpan , barangkali , dia akan bebaskan . Nah , bila ikan pujaan mengena umpan , barulah dia puas !



Ok ni ikan yang terakhir ! Lepas ni tak tangkap lagi ...



Ayat 'popular' yang dituturkan selepas ikan yang diidamkan dalam genggaman tangan . Tetapi ... percayalah , jiwa muda kanak-kanak tak akan pernah PUAS , tak kenal SERIK .



Geram , geram juga . Tetapi saya belajar sesuatu daripadanya .












Gunakan sehabis macam cara untuk realisasikan impian .
Tak pernah merasa puas , selagi ada kesempatan .
















:Wallahu'alam:

5 comments:

|makhlukDIA| said...

salam ukht!

mdalam post nt yg satu nie..

:(

'Atiqah Al-ayubi said...

Wa'alaikumussalam .

'Affa , knp ekspresi nt :( ?

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Best. :)

maryam sha said...

suka barry
rndu barri
barrie comel
=)

'Atiqah Al-ayubi said...

rda : Ahlan rda ;) Lama tak bersua ye

maryam : pelbagai versi nama , asal maksudnya sama OK la :)