Feb 26, 2010

Hari ini & selamanya .

Kehadirannya ... Rahmat buat semesta alam


*****


Peperangan kabilah , bani dan suku yang tak kenal aman . Begitu juga peperangan saudara , gara-gara seekor unta , pertelingkahan bertahun lamanya dan ribuan nyawa menjadi gadaian . Sosialnya parah . Mereka bertuhankan arak , judi dan zina . Jahilnya tiada tara , membunuh anak perempuan kerana malu pada jiran tetangga dan wanita pula direndah-rendah . Asyik menindas sesama sendiri , asalkan kemahuan dituruti . Yang kuat jedi hebat , yang lemah terus kalah . Integeriti diketepi , riba menjadi sebati . Punya telaga , pasar dan kebun di bumi sendiri , ironinya yahudi monopoli . Ini realiti sejarah umat yang tenat . Segala yang fasad berkumpul dalam satu daerah . Ini prihal bangsa yang tidak bermaruah . Hinggakan empayar besar di sekitar -Rom dan Parsi- tak sudi menjajah !


Hinggalah pengutusannya , merawat umat yang jiwanya melarat . Peribadi qudwah dan sentuhan hikmahnya , benar-benar memikat . Mengenalkan jiwa pada cinta hakiki dan menanamkan ihsan dalam diri pada Rabbul 'Izzati . Nah , alam semesta di depan mata ini kan bukti kewujudan yang Maha Esa ... Membaja ruhi akan hakikat ukhrawi , supaya umat ghairah memburu Firdausi dan menjauhi segala perkara yang mengheret ke neraka . Bukankah alam dunia hari ini menjadi dalil bahawa alam akhirat tak boleh dinafi .. ?




Hari ini dan selamanya , kita akan sentiasa teladani kehidupan dan pengorbanannya . Kita akan sentiasa menghidupkan sunnah-sunnahnya . Kita akan selalu beriltizam menjadi mata-mata rantai perjuangannya . Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad !


*****
Ini daripada seorang sahabat untuk anda dan saya . Hayatilah .

3 comments:

Mira Jasmi Tan said...

Pengorbanannya tidak terkira..
Hanya demi ummat yang tercinta..

...terase tidak mampu untuk terus mengungkap kata...

Baru menyaksikan tayangan "the messenger"..

Semua sejarah yang digambarkan hanyalah gambaran. GAMBARAN ..

Jika sebenar? Memei tak boleh dan tak mampu nak menahan sebak air mata ni tqah.. Hebatnya Nabi atas jalan perjuangan ini.. Hebatnye Baginda Rasullulah..

Nabi pernah bersabda..

"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Memei mahu!..Memei pown tak nak mengalah!.. Ya Allah, tetapkanlah hambaMu di ats jalan ini..

Syukran ya habibati~

ha|ana|zak25 said...

Memei yang dikasihi , sama2 kita terus saling menyokong + saling mengingati :)

Untung rasanya bila ummah (ukhuwwah) dipadu ats dsr ikatan akidah & sandarannya Allah .

Alf mabruk , uhibbuki fillah memei

Mira Jasmi Tan said...

Tqah, siapakah peribadi yang 2 lagi itu??

Kepingin kok mahu tau!~:)

Mahu juga berasa terpujuk dan kembali bersemangat!~:D.. dush!

Husna pown.. Cuba tengok komen d post memei yang lepas..