May 16, 2010

Belajar Menghargai ...

Hanya dengan nama-Mu yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Hendaknya berkayuh puluhan kilometre dan dihalangi pula buaya besar saban hari ke sekolah . Belum lagi dengan mendepani persepsi masyarakat sekitar yang pesimis . Bagi mereka menjadi buruh kasar lebih baik daripada menjadi pelajar . Sampai-sampai sahaja , sekolahnya senget dan usang hinggakan tiada rupa "sekolah" melainkan sebuah papan tanda yang menjadi bukti bangunan itu sememangnya sebuah sekolah . Kelasnya pula pada waktu tangah hari kepanasan . Jika hujan kebanjiran . Gurunya cukup di bilang dengan jari kanan . Bertahun lamanya , setiap hari saling bergantian antara Buk Mus dan Pak Harfan . Begitu juga dengan teman sekelas . Setiap tahun hanya 10 orang sahaja . Alih-alih muka yang sama . Cuma ada hari , yang beberapa ekor kambing tumpang di dalam kelas sekali .





Kisah kesungguhan 10 orang anak Melayu Belitong . Kesungguhan Bu Mus dan Pak Harfan . Dalam memperjuangkan institusi pendidikan budi pekerti dan akhlak karimah di SD MUHAMMADIAH . Sangat-sangat mengharukan dan memotivasikan diri .

Hargai kesempatan menuntut ILMU yang DIA limpahkan
Hargai GURU-GURU yang banyak berkorban
Hargai TEMAN-TEMAN yang selalu bergandingan
Hargai MEREKA yang menyokong anda merealisasi impian


*****


Jika dibuat perbandingan antara saya dan anak-anak ni ...... Masha-Allah .
Bagaikan 7 lapisan bumi dan 7 lapisan langit .

Saya sangat kagum kerana segala macam kekurangan kedhaifan memupuk keazaman dan kesungguhan yang luar biasa di dalam diri mereka , anak-anak Laskar Pelangi .

Ya allah . Jadikan aku , ‘abdan syakura – hamba yang bersyukur .

"Sekolah ini adalah sekolah di mana pendidikan agama , pendidikan budi pekerti , bukan sekadar pelengkap kurikulum . Kecergasan dilihat bukan sekadar dari nilai-nilai , dari angka-angka itu , bukan . Tetapi dari HATI "

Saya terkesan dengan kata-kata Pak Harfan .
Kerana ungkapannya yang telus itu membuatkan , kata-kata guru saya pada satu waktu kembali menyapa diri ....


"Kalau nak A di dalam pelajaran , bukan ini sekolahnya . Silalah cari sekolah lain . Kerana kami tak janji .

Tetapi ,

Kami janji ruhi kamu akan kuat , hubungan kamu dengan Allah akan erat . Kami ajar , kejarlah A ukhrawi , pasti kamu akan dikejar berjuta-juta A duniawi . "





Ya allah sekali lagi . Jadikan aku , ‘abdan syakura – hamba yang bersyukur .

9 comments:

nahdiyyah said...

insyaallah..'abdan syakura :> tolong...
tiqah nt pandai tak buat supaya ulasan dkt blog ana berfungsi? hehe

ha|ana|zak25 said...

>>nahdiyyah
cuba tgk e-mail nt ye , ana ada hntr guideline .

Rabb Yusahhil ;)

Anonymous said...

ameen ya rabb..jdkanla kami dr golongan yg sedikit..
(^_^)
moga terus thabat ya `atiqah~

MARYAM-AL-MUQADDASAH said...

laskar pelangi best:)

ha|ana|zak25 said...

>anonymous
amiin :) Jzkkk

>maryam al-muqaddasah
5 star untk nOvel dn filemnya :)

husna said...

astaghfirullah.nyata slma ini hdup dlm keadaan rse syukur yg sedikit.
makan dalam, alhamdulillah. sama2 muhasabah diri.. :)

ha|ana|zak25 said...

>husna

ya, sama2 muhasabah. sama2 slg ingatkn

miss nabilah said...

byk ibrah boleh difahami dari jalan cerita laskar pelangi :)

like.

ha|ana|zak25 said...

@miss nabilah

Yup =)