Jun 1, 2010

Paradigma Kita ?


وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰ‌ۗ وَلَٮِٕنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ‌ۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَا نَصِيرٍ
2:120

Sejarah 31 Mei 2010 . Serangan Zionis ke atas rombongan kemanusiaan Flotilla




Borak2 di petang 31052010 :


"bila peristiwa ni berlaku , dan kerana adanya rakyat Malaysia turut sama , barulah orang kita nak buka mata . Barulah orang kita sedar yang Zionis ni busuk . Tak berhati perut"

"tu la . Sedangkan , dah terang2 orang Islam di Palestin ditindas selama bertahun2 oleh Zionis . Tapi baru hari ni orang kita nak ambil peduli . Islam di dalam diri orang kita ni , tak berapa la"

"Hmm . 'Something' is better than nothing . Semoga peristiwa ni menjadikan kita terus cakna"

+++++

Rentetan daripada peristiwa ini , demostrasi – memorandum bantahan diadakan . Baik di tanah air sendiri mahupun di serata muka dunia . Sebagai respon rasa tak puas hati dan penzahiran benci .

Bagus . Saya sokong .


Cuma , pada saya isu kekejian rejim Zionis mahupun kuffar pada ISLAM bukanlah sesekali , tetapi hari-hari . Hari-hari keamanan saudara kita di Palestin dicabuli . Hari-hari perpaduan ummah kita dicemari . Hari-hari jati diri bangsa di tanah air sendiri dikikis dan ideologi diracuni .

Sedarkah ? Apa yang menimpa ummah hari ini adalah percaturan mereka semua . Ya , di Palestin sana berlaku Ghazwah Hakiki (peperangan-senjata , bedilan bom , pelarian , syahid) . Sedangkan di tanah air sendiri berlaku Ghazwah Fikr (serangan pemikiran) atau boleh juga saya kata Ghazwah Majazi (peperangan yang tak zahir) – dimana ideologi dan jati diri bangsa kita diserang dengan senjata 3S dan 3F yang dirangka mereka .



Jadi , solusi nya ? Apakah peranan kita ? Apa yang perlu wajib kita buat ?

1. Boikot .
Perhatikan 2 cereka (cerita rekaan) di bawah :
- Sepasang kekasih sedang berpegangan erat sambil menikmati panorama KL di waktu malam . Berlakulah perbualan sesama mereka berdua ..
"You , I lapar lah . Kita nak dinner kat mana ?" kata si hawa pada si adam .
"Ha'ah . I pon lapar . You nak makan mana ?", Tanya si adam pada si hawa .
"McD la jom ", cadang si hawa .
"Eh you ni . From now on , kita jangan makan kat McD ea . Kita kena boycott . Sebab McD tu rupa2nya , Yahudi punye", si adam menjelaskan .
Si hawa terkagum , "Wah . Bagusnya you ni . Tak sia2 kita dipertemukan . Lulus dah ni jadi suami I . Cepat masuk minang ."

- Beberapa orang suri rumah di sebuah taman sedang berbual2 di bangku taman . Pelbagai isu terkini diperbualkan pada petang tu.....
"Zionis ni memang teruk betul ! Busuk hati ! Tak ada hati perut ! ..bla, bla,...", kata suri rumah A dengan semangatnya dan disokong oleh para suri rumah lain .
"Mulai sekarang , saya cadangkan kita sama2 boikot barang2 dapur yang dikeluarkan mereka . Apa kata kita mula gunakan produk dapur yang dikeluarkan orang2 tempatan ?", cadang si suri rumah B pula dan disambut baik oleh para suri rumah lain .
"Tu la , kasihan tengok mereka yang tak bersalah ditindas . Eh , cakap pasal tindas , korang tahu tak ? Si Joyah taman sebelah tu ... ala , yang berlagak tu lah . Katanya kena tindas dengan majikan sendiri .. pot,pet,pot,pet.. padan muka !..pot,pet,pot,pet...", si suri rumah C pula terlari topik tetapi tetap dapat sambutan dari para suri rumah lain .

Bahkan makin menjadi2 .

Dari Joyah , beralih ke Minah , beralih ke Bedah dll T-T



Bukan sekadar produk . Utamanya , boikot CARA HIDUP MEREKA juga !


2. DOA
Bukankah doa itu senjata ampuh buat orang2 yang beriman . Jadi , mari kita gunakan sebaiknya kuasa doa ini ! Tak rugi walau sesen dan sesaat pun bila kita mendoakan kesejahteraan saudara kita , untuk seminit dua . Bahkan ada keuntungannya pada diri sendiri =)

“Doa seorang muslim untuk saudaranya diterima secara ghaib . Di atas kepalanya terdapat malaikat yang manjaganya . Setiap kali dia berdoa untuk kebaikan saudaranya , malaikat tersebut mengatakan “AMINN” kamu pun mengalami hal yang serupa” -alJami' asSaghir Sayuthi dari Abi alDarda'-

3. ISLAH diri .
Tak boleh tidak , kita wajar perbaiki hati dan luruskan nafsu sendiri terlebih dahulu . Inilah penyelesaian yang efektif dan utama sekali . Saudara/i yang dihormati , DIRI kita sendirilah kunci kepada perubahan kepada apa yang menimpa ummah hari ini .

"..sesungguhnya Allah tak akan mengubah keadaan sesuatu kaum melainkan mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.."[ar-rad:11]


Baiki diri , kuatkan mujahadah dan tetap istiqomah . Moga kelak daripada diri kitalah Islam akan bangkit kembali .

4. "jOm sama2"

Sememangnya , kemenangan buat ISLAM itu pasti . Ini janji Ilahi . Tetapi apakah kita hanya mahu sekadar goyang kaki ? Menongkat dagu , dan duduk menunggu ?

Baik2 sendiri sudah , orang lain apa aku peduli ! ~ -adakah ini falsafah hidup anda ?-



Saya mahu menjadi individu yang berusaha membawa kemenangan buat Islam yang tercinta ini . Dan saya percaya dengan diri anda , maka Islam akan lebih setapak ke arah kegemilangannya . Jom kita tolong ummah ini . Mahu ?

2 comments:

Nur Sakinah Khairir said...

Salam...

Wah, mantap blog nt!
teruskan usaha, dan jangan berhenti menulis ye. ;-)

ha|ana|zak25 said...

Ahlan kinah..

BlOg nt lagi best kinah =)
Ya, ya. Sama2 kita, teruskan usaha dan jangan berhenti menulis