Aug 29, 2010

Yakin.kah ?


Apabila melihat pemuda berusia belasan tahun mengimpikan syahid dan tak pernah gentar mendepani sebuah kereta kebal dengan tangan erat mengenggam seketul batu kecil, hati terjentik. Kagum. Apabila melihat pendirian mereka yang tak peduli meski diganyang sepenuh emosi dan apabila melihat mereka mengibarkan bendera tanah air meskipun dunia manafikan kewujudannya yang bernama Palestin, hati terjentik. Kagum. Kadang-kadang turut tertanya-tanya dalam diri, apakah yang membuatkan mereka berjiwa besar mendepani ujian ini ? Apakah yang memotivasikan diri mereka selama bertahun-tahun ini ? Apakah.. ?


"Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat" [2:214]


Oh.
Keyakinan rupanya.
Yakin pada janji Ilahi.
Yakin bahawasanya Allah s.w.t menyebelahi mereka. Sentiasa.
Yakin yang bukan yakin hangat-hangat tahi ayam, tetapi yakin yang sememangnya sebenar-benar yakin, lumat dalam hati.



Ada tikanya,

Kita merancang yang terbaik. Ibubapa merancang yang terbaik juga. Dalam kita dan ibubapa merancang demi kebaikan bersama, tiba-tiba muncul sesuatu yang membantut atau melambatkan perancangan. Sesuatu yang menjengah secara tiba-tiba itu, membuatkan kita, mahupun ibubapa ( @ sesiapa jua ) membuat pilihan lain. 'Lari' dari perancangan asal.

Meskipun apa yang dirancang tidak menepati pilihan atau apa yang dipilih tidak selari dengan perancangan.. Namun kedua-duanya (perancangan dan pilihan) bersandar pada matlamat yang utama. Kedua-duanya berkongsi untuk peroleh natijah yang sama.

Dalam situasi sebegini, kita semua wajar meletakkan dalam diri bahawasanya perancangan Allah swt mengatasi segala sesuatu. Dan ketetapan Allah swt sahajalah yang terbaik serta sarat dengan hikmah untuk kita renungkan.



Hey diri ;
Belajarlah daripada mereka, nun di Palestin sana.
Belajarlah daripada mereka, definasi yakin yang sebenarnya.
Sesungguhnya Allah swt menyebelahi kita – selagimana kita menyebelahiNya !








Akhirnya,
hadza ikhtiari – inilah pilihanku. Inilah jua perencanaanku.
Yakin, inilah yang terbaik daripada Tuhanku !





**ralat : kita = saya (penulisan ini ditujukan khas buat empunya diri. harap maklum - terima kasih) 

3 comments:

|makhlukDIA| said...

keyakinan~

yakin ada yang terbaik buat kita.cuma mungkin kdg2 sepanjang perjalanan ada air mata yang terkeluar :) tapi kne tetap yakin!

thx ukth

ha|ana|zak25 said...

@'affa.

yakin. kita bisa terbang tinggi =)


rindu nt.

|makhlukDIA| said...

rindu ana?wahh..terharu ni :)
bile kite nk jumpe b4 nt fly ye?
hmmm~ada cdgn?