Oct 7, 2010

Alhamdulillah :)

Soalan lazim yang diajukan kepada saya. 

" Apa perasaan… ? "

Cuma yang membezakannya adalah pada ayat yang seterusnya, iaitu "… hendak ke sana" dan "…sudah tiba di sini."

Jawapan saya tetap sama bagi kedua-dua persoalan tersebut; teruja-hiba-cuak -gembira -Alhamdulillah !

Secukup rasa  :)

Pada saya, soal 'rasa' amat baik kerana dapat membangkitkan motivasi dan memberi aspirasi kepada seseorang. Bila gembira, maka dia akan memastikan dirinya istiqomah dengan sesuatu – agar dirinya sentiasa lapang dan ceria beramal. Bila hiba, maka dia akan memikirkan solusi – agar rasa hiba tak mendominasi atau kesilapan lalu tak diulangi. Bila cuak, maka dia akan memastikan dirinya  siap-siaga ! – agar suasana tidak memakan dirinya.

Ya.

Bila kita memandu rasa dengan kebersamaan Tuhan, sememangnya ia sesuatu yang menguntungkan. Namun, jika kita ketepikan Allah dan pensyariatan agama, sememangnya kita menuju ke lembah binasa.

قال عليه الصلاة والسلام في الحديث الصحيح : لكل عمل شرة ، ولكل شرة فترة ، فمن كانت فترته إلى سنتي فقد اهتدى ، ومن كانت فترته إلى غير ذلك فقد هلك

"Sesungguhnya bagi setiap amalan adalah masa-masa rajin dan tiap-tiap masa rajin ada futur (lemah semangat). Namun barangsiapa yang futurnya menjurus kepada sunnahku, maka sesungguhnya ia telah memperoleh petunjuk. Barangsiapa pula yang futurnya menjurus kepada selain sunnahku, maka ia telah tersesat." 

+++

Tiada seindah kata melainkan Hamdalah – Alhamdulillah. Atas segenap kurnia yang Dia limpahkan.

Jika tidak kerana didikan bimbingan dorongan pengorbanan dan doa, daripada ayahumi, keluarga, sanak saudara, para murobbi dan guru tercinta, juga rakan taulan sahabat seperjuangan, muslimin muslimat seakidah dan anda, maka, saya kira, saya tak akan berada di sini. Inilah sebahagian daripada cita-cita dan inilah cinta pertama saya.


Jazakumullah khairan kathira.

Teruslah mendidik membimbing mendorong dan mendoakan saya. Dan saya juga berusaha untuk melakukan perkara yang sama – Insha’Allah. Amin.

+++

Sebelum berangkat, umi selalu luahkan dua kerisauan kepada anaknya :

"Manfaatkan masa di sana, jangan asyik online. Jangan ralit dengan internet."
"Jangan salah masuk kuliah. Umi risau nanti kat sana tak masuk kelas dentistry, tapi, masuk kelas usuluddin, syariah…"

Hehe.

Akhirnya, semalam, Alhamdulillah rumah kami berjaya mendapatkan internet. Dan saya berjanji tak mahu merisaukan umi. Semestinya.

Insha-Allah, minggu depan kuliah bermula. Semasa kami dibawa melawat university, saya seronok bila dapati bangunan kuliah pergigian bersebelahan dengan bangunan dirasat islamiyah (pengajian islam). Dan saya berjanji sekali lagi, tak mahu merisaukan umi tetapi saya akan manfaatkan keseronokan kelebihan ni. Jangan risau umi :) Doakan ye !

6 comments:

miss nabilah said...

jaga diri di sana =)

almuqaddasah said...

terbaik dari ladang:)

ha|ana|zak25 said...

@miss nabilah.
Yup =) mari, dtg sini lagi.


@almuqaddasah.
ladang mana pula sheikhah maryam ?
Bismillahi masha-Allah :)

|makhlukDIA| said...

" Inilah sebahagian daripada cita-cita dan inilah cinta pertama saya "

manfaatkan sebaiknya sis~!
beruntung sekali kamu =)


cita2 dan cinta ana..on the way~!insyallah =)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

MashaAllah, seronoknya Tiqa. Semoga berjaya! (:

ha|ana|zak25 said...

@'affa.
Amiin. Semoga meraih kedua-duanya :)

@Rda.
Thanks rda !