Pages

Mar 27, 2011

Muslim. Betul ke ?



Hairan tengok muslim yang tak kisah muslimnya.







Tapi bila dapati yang muslim tak kisah dirinya sendiri, lagi seribu kali menakutkan hairan.

**

"Nampaknya, hari ini Iman kita sakit."
"Eh. Kenapa ?"
"Sebab kebersihan sebahagian dari Iman. Bila kebersihan hari ini kurang memuaskan, maksudnya Iman kita tak berapa sihatlah kan."

Sungguh rasa tertampar dengan kesimpulan simple ummi.

*

(1)
Orang yang meninggalkan kefardhuan solat dan ingkari kefardhuan muslim yang lainnya, yang menzahirkan seterang-terangnya aurat, yang makan dari sumber yang haram ; khinzir dan arak, yang membuat perbuatan yang haram ; berzina dan membunuh.

Sememangnya, Islam bukan paksi kehidupannya.

(2)
Orang yang solat tapi kejap-kejap tak cukup 5 waktu, puasa ramadhan tapi ikut mampu tak mampu, dia pakai tudung tapi baju ketat, dia makan nasi ayam tapi dari sumber yang syubhat, dia mengumpat dan menganiaya tetangganya.

Sememangnya, Islam sekadar pada nama (baca:IC)

(3)
Orang yang sempurna sudah kefardhuan muslimnya ; cukup 5 waktu solatnya, cukup sebulan puasa ramadhan, cukup terpelihara auratnya, cukup halal dan thoyyibah sumber makanannya, sangat baik dengan tetangganya.

Sememangnya, seperti dia muslim yang baik !


Eh. Jap. Jap.

Tetapi kalau

Dia tak hirau kebersihan dirinya, tak kisah pelaburan masa depan movie sepanjang hari, tak kisah mulut bercerita prihal sia-sia, tak kisah batas pergaulannya, tak kisah kekenyangan dan tidur berpanjangan, tak kisah tak menepati masa ; asalkan solat biarpun lambat, kira baik sebab tak qadha’ !







Macam mana pula ?


**   

Macam mana nak ambil kisah muslim di sebelah, kalau muslim dalam diri tak diambil kisah.
Macam mana nak jadi muslim yang amanah dengan harta dan darah saudara muslimnya, kalau amanah yang pada dirinya diabaikan sahaja.

Naudzzubillah.

Kerana tak ihtimam (ambil berat) pembentukkan muslim dalam diri, menyebabkan penindasan dan musibah  muslim seluruh dunia hari ini.

Kitakah puncanya ?

Naudzzubillah.

*

Hassan Hudhaibi (semoga Allah rahmatinya) kata ;

اقموا دولة الاسلام فى نفوسكم تقموا فى ارضكم 

Bina daulah Islam dalam diri kamu, maka daulah Islam akan tertegak di bumi kamu



Senang ke nak bina sebuah negara Islam ?

Kalau senang, mesti khilafah dah terbina juga masa Thaqib Arsalan dapat berpucuk-pucuk surat dari seluruh negara Islam.
Kalau senang, mesti zionis tak pernah dapat jejak apatah lagi duduk secara haram selama lebih 60 tahun lebih kat Palestin.
Kalau senang mesti Husni Mubarak tak perlu jatuh dengan Facebook.


Hakikatnya.

Tak mudah kan.

Jadi, janganlah pandang ringan untuk bina daulah islam kat dalam diri. Dalam diri sendiri 


**


Ayah selalu cakap.

Jangan mimpi nak selamatkan Palestin kalau tak mampu selamatkan diri sendiri dulu.

Ouh. Mimpi pun tak boleh..
Sungguh rasa muka tertampar berkali-kali. 




Ya Allah. Hidup suburkan Islam di dalam diri kami. Bukan sekadar di hujung lidah kami.  

6 comments:

ira said...

emm, menginsafkan sungguh,
T-T
syukran. sama2 bwt yg terbaik, insyallah.

almuqaddasah said...

suka:)

mujahidah said...

subhanallah ;>
semuanya bermula daripada diri sendiri...
اصلة نفسيك وادعوا غيرك*

ha|ana|zak25 said...

@ira-maryam-nahdhiyyah:

mohon saling mengingatkan, sentiasa.
:)

fatimahYA said...

rse cm trpkol2..
cm sume kne btg hidung..

kne mujahadah nk bina MUSLIM dlm diri..

hanisah said...

sangat menyentuh, penulisan yg sgt2 basah.