Pages

Jun 6, 2011

Secawan Teh



Secawan teh hangat pada fajar yang dingin.
Aroma kehangatannya, dihirup perlahan-lahan.
Alhamdulillah, memberi satu kesegaran.

Terimbau kemas, perjalanan hidup yang mencecah dua dekad sudah. Bayi-Kanak2-remaja (bayi tak ingat apa-apa, cuma banyak dingat-ingatkan keluarga).  Macam-macam ragam pengalaman  dan aneka perasaan yang pernah menyinggah. Satu masa dulu ada hari yang bahagia, cemerlang, lucu dan berbaur kesal. Ada juga yang bila dikenang-kenangkan, macam ntah-apa-apa-ntah -.-" Alahai, kenangan ~

Nota Muhasabah : 1#


Secawan teh  hangat pada fajar yang dingin.
Digenggam kemas.

Terimbau kemas, sekali lagi. 258 hari semalam, semenjak memijak di bumi Mesir, tolak 4 hari di Jeddah-15 hari di Malaysia-2 hari di Dammam dan Kuwait. Tak sangka, tak cukup 365 hari di perantauan, dah jejak  sana-sini. Kalau dikira-kira, dicampur semua jarak sepanjang perjalanan sekitar Kaherah (sahaja), boleh dikira mengelilingi dunia. Mungkin bukan setakat sekali mengelilingi dunia, bahkan mungkin berkali-kali. Mungkin.

Nota Muhasabah : 2#


Secawan teh hangat pada fajar yang dingin.
Haba yang mengalir pada cawan, memberi kepekaan pada deria. Hangat terasa, dan..

Terasa jauh sudah perjalanan. Perjalanan kehidupan tumbesaran seorang 'saya' dan perjalanan kilometer saya. Entah esok berapa kilometer lagi kaki melangakah pergi ? Entah esok kehidupan bagaimana akan ditempuhi ? Hurm, jauh juga ya hidup ni.

Secawan teh hangat pada fajar yang dingin.
.. dihirup lagi.

Tetapi.,

Lagi jauh dan jauh lagi, perjalanan saya menuju Allah swt, Tuhan Semesta. Lagi jauh dan jauh lagi membawa hati menuju Mardhatillah-Nya. Perlunya, memastikan kehidupan esok dan jarak ayunan langkahan kaki seiring dengan jiwa yang sedar kehambaan pada Dia. Jiwa yang sedar dan faham, Dia lah matlamat setiap detik kehidupan, setiap inci langkah – Dia senantiasa dalam relung jiwa.

Perjalanan tumbesaran beralih-alih dari bayi-kanak2-remaja-dewasa-tua, dari single ke kahwin dan berkeluarga. Perjalanan kilometer tamat bila tiba pada destinasinya.

Hakikatnya,

Perjalanan hati menuju Allah swt, senantiasa tak kisah usia, tak kira single hingga beranak berapa, tak kira jarak dan hatta, bila kaki statik, hati tetap perlu terus berjalan menuju Yang Maha Esa.

Sampai bila ? Sampai bila hati berjalan ?

Sampai akhirnya, Allah swt menjemput kita ke alam kehidupan yang seterusnya.

Bila masanya tu ?

Tak siapa tahu, Allah menjemput ikut suka-suka Dia. Sentiasa bersiap-siap. Sedia selalu.

Masa tu, persembahkan lah.. perjalanan kehidupan tumbesaran yang sarat dengan kenangan dan perjalanan jarak dunia yang sarat dengan pengalaman.

Apakah sarat juga dengan mengingati Allah swt, atau....... ? 

Secawan teh hangat pada fajar yang dingin.
Habis. 
Alhamdulillah.


Nota Muhasabah :

1#
Apa-apu pun, seorang mukmin tak akan jatuh pada ‘lubang’ yang sama untuk kali kedua dan sewajibnya, hari ini jauh lebih baik dari hari semalamnya. Kenang-kenangkan selalu surah ke 103.

2#
Cita-cita berada di sini, sudah Allah izinkan menjadi reality ; berbaki lagi cita-cita yang perlu usaha dan amal dari diri untuk direalisasi. Cinta di sini, sudah Allah campakkan dalam hati ; perlu mujahadah tinggi lagi agar sebati. Biar sebati sampai seiring dengan denyutan nadi.


1 comment:

Anonymous said...

Ibn Jauzi :
Jalan untuk sampai kepada Allah bukanlah dengan jauhnya perjalanan kaki, tapi ia adalah perjalanan hati