Ya Allah
Apa lagi yang aku pinta,
Selaku hamba padaMu yang Tuan sejagat raya
Selaku ciptaanMu yang Maha Karya Cipta
Selaku pencinta padaMu yang memiliki segenap Cinta
Selaku penggembara padaMu yang sentiasa Maha Memelihara
Selaku pendosa padaMu yang Maha Luas Pengampunannya
Selaku perindu padaMu yang menyambut segala doa
Ku meminta
Ya Allah
Peganglah hati ini seeratnya
Jangan lepaskannya pada hawa dan dunia.
Sesekali jangan,
Melepaskannya pada hawa dan dunia.
-------------------------
12:43 p.m.
29 April 2011 Jumaat
2 comments:
akak! cemane nak cakap haihaibaibai kat akak ni. xde tmpt nak tulis punnn. ni belog baru saya nih.
adik! ahlan cakap haihaibaibai di komen :) dan YM, as usual ;)owh. okeyh, noted. Thanks ukht !
Post a Comment