Memetik sajak ;
Sahabat…
Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakaniah obor untuk umat ini
Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakaniah obor untuk umat ini
Dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan
Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah disyurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah disyurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana
Sahabat,
Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakan lah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.
Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakan lah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.
Kita maklum, Syed Qutb menempa syahid di tali gantung. Kita
maklum, setebal-tebal dan berjilid-jilid Kitab Tafsir Fi Ziilal al-Quran, merupakan
buah tangannya buat generasi kini. Terutamanya, bekal buat para duat. Kebesaran
jiwa dan kecintaan beliau kepada al-Quran dan agama ini, bukanlah lahir dengan
tiba-tiba. Tetapi, ada tangan yang mencorak dan menyemaikannya.
Siapa ..?
Ibunya.
Si ibu pencinta al-Quran, menjadi qudwah terbaik buat si
anak. Si ibu yang meluangkan masa, membibit-bibitkan cinta kalam Pencipta. Si
ibu yang memangku si anak, mendengarkan dan mendendangkan kebesaran dan
kisah-kisah yang termaktub di dalam al-Quran.
Betapa agungnya, didikan dan asuhan, semaian dan sentuhan si
ibu. Hinggakan, pada hari ini, ummah, kita, masih mengguna pakai dan mengambil
manfaat dari buah fikiran anaknya. Merantai ganjaran buat si ibu juga. Tidak
dikurangi, walau sedikit. Subhanallah.
Memetik kata ;
It’s death whether by
killing or by cancer; it’s the same thing,” he said the day after he was chosen
Hamas leader in Gaza. “Nothing will change if it’s an Apache (helicopter) or
cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache.
As-Syahid Rantisi berpegang pada janji, akhirnya Allah swt membenarkan.
Dan saya percaya, disebalik kekuatan dan keteguhan jiwa As-Syahid, peranan
besar isterinya selaku pendamping sepanjang hayat mereka bersama, tak boleh
ditolak tepi. Isterinya lah yang mendorong. Isterinya lah yang memahami.
Isterinya lah yang menghormati, cinta dan fikrah si suami. Isterinya lah yang
turut sama berkorban dan menunaikan janji. Pahala dan ganjaran kesyahidan si
suami, turut sama memberi tempias bekal si isteri ke alam abadi. Isterinya, Rasya
Al-Adluny.
Memetik kisah ;
Saya dimasukkan ke
dalam sel kurungan, kuasa letrik dinyalakan dengan kuat, sebagai satu bentuk penyeksaan.
Bilik itu dipenuhi anjing-anjing, anjing-anjing yang saya tidak tahu berapa
banyak bilangannya. Anjing-anjing itu dilepaskan kepada saya... saya memejamkan
mata dan meletakkan
dua tangan saya ke
dada saya, kerana saya gerun melihat anjing-anjing ganas lagi lapar itu. Saya
dengar pintu ditutup dengan rantai dan dikunci. Saya merasai seluruh tubuh saya
dikerumuni dan digigit oleh anjing itu. Saya membuka mata dan kemudian
memejamkan mata saya, kerana penyeksaan yang amat sangat. Ketika itu saya
berdoa kepada Allah S.W.T dalam hati saya... dan anjing-anjing itu terus
menggigit dan menggigit, merobak-rabikkan dan memanjat-manjat seluruh tubuh
saya — itulah yang saya rasai. Saya berdoa "Ya Allah!!! tetapkanlah
hati ini dan palingkanlah hati dari yang lain Ya Allah, agar hati ini melupakan
penyeksaan ini. Ya Allah!!"
Maha teguhnya jiwa, perkasanya kesabaran,
tingginya keazaman, sepenuhnya kepercayaan pada Allah, hinggakan, walau disiksa
dengan siksaan yang tidak selayaknya seorang wanita menanggung, Zainab
al-Ghazali tetap tidak tergugat ! Tetap lantang dan tetap bersemangat, sampai
akhir hayat.
Allah, Allah.
++
Menjadi seorang ibu, menjadi seorang
isteri dan menjadi seorang wanita itu sendiri.
Bukanlah satu fasa mahupun ‘title’
biasa. Ada kesan besar, bilamana seorang wanita memainkan peranannya dan ada mudarat
besar juga, andai diendahkan.
Cukuplah huru-hara tingkah masyarakat
kita hari ini menjadi cerminan bila ibu sekadar memenuhkan kehendak fizik si
anak, bila isteri lepas tangan dalam mengemudi bersama bahtera rumah tangga dan
bila wanita lupa, dia adalah seorang wanita yang telah Allah muliakan
kehormatannya !
Maka, pentingnya menyedari dan
memahami peranan selaku wanita. Walau di mana jua posisi dia berdiri, selagi
hayat di kandung badan, selagi itu dia memainkan peranan yang besar buat
jiwa-jiwa di sekitarnya. Kemahuan dan keazaman perlu sentiasa tinggi, agar kita tidak lumpuh dalam menempuh arus celaru
serta mendepani tipuan dunia ini. Kuatkanlah tarbiyyah dzatiyah diri, sungguh
Allah sentiasa di sisi !
++
Memetik pesan ;
Ukht, semoga jiwa kita menjadi 'penyeri' alam ini |
---
Lewat 2011, Disember
Lewat 2011, Disember
Beit Rasya
Kaherah Mesir
3 comments:
subhanallah átiqah :')
'atiqah mari sama2 kita didik diri! supaya nnt org tak pelik bila kita dpt anak sehebat syed qutub :D
Du'at & Nahdiyyah :
saling mengingatkan & mendidik ya ;)
Post a Comment