Tak adil.
Tersangatlah tak adil.
Bila kita katakan, sebaris gigi di dalam mulut adalah sama. Baik
atas, baik bawah. Baik kacip yang di depan mulut, atau baik geraham nun yang
tersorok.
Jangan dikata kacip itu nipis, empat segi lagaknya dan
tinggi. Manakala geraham itu juga empat segi, cuma beza dek gemuk dan pendek
bentuknya, sudah memadai.
Oh. Sangat tak adil gigi-gigi kita dijustifikasi sedemikian
sahaja.
Gigi, atas dan bawah
punya cerita sendiri. Setidak-tidaknya, ada 16 batang gigi punya kriteria
berbeza daripada 32 batang gigi yang ada.
Dari pandangan depan, belakang, kiri, kanan juga pandangan atasnya ; ada kriteria
dan cerita yang membezakan sebatang gigi dengan berbatang lagi gigi yang
berbaki.
Itu secara umum, kisah gigi kita.
.
Ini secara umum, kisah ‘kita’ pula.
Tak adil.
Tersangatlah tak adil.
Bila kita membuat tanggapan, setiap manusia itu sama. Sikap,
pemikiran dan cita rasa ; tak ada bezanya semua manusia disekitar kita. Labih
tak adil, bila kita mahu setiap manusia bersikap, berfikir mahupun punya cita
rasa seperti mana kita mahu !
Kita nak biru. Diaorang pun mesti biru juga.
Kita suka pisang. Dioarang pun mesti makan pisang juga.
Kita memberi. Diaorang pun wajib terima pemberian kita juga.
Kita suka pisang. Dioarang pun mesti makan pisang juga.
Kita memberi. Diaorang pun wajib terima pemberian kita juga.
Tapi, bila diaorang pilih oren bukan biru, makan donat bukan
pisang, tak sambut segala pemberian dan huluran kita…. Dan macam-macam sikap,
pemikiran dan cita rasa yang bertentangan dengan tanggapan kita.
Kemudian kita bentak-bentak.
Mana boleh. Tak adil !
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan
kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi dan perbezaan
bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan"
[arRuum : 22]
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami
telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu
berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah
mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi
Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih
keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)" [alHujraat : 13]
**
Kepelbagaian manusia, wajar kita raikan dengan saksama.
Menerima kekurangan , meletakkan kelebihan pada tempatnya, membantu menggarap
potensinya, membesarkan jiwa depani aneka emosinya… dan segalanya ; menuntut
kita untuk sabar, saksama dan bijak dalam mengadun setiap jiwa sesama insan
dengan jiwa kita sendiri.
Teringat satu pesanan ni ;
Jika kita terus menerus menanggapi manusia itu sebagai sama, maka hilanglah kebijaksanaan kita dalam mengurusi manusia. Dan jika kita mengakui kepelbagaian jenis manusia, maka kita kan disimbah segala macam peluang. Boleh jadi kita akan gembira. Boleh jadi kita tertawa. Boleh jadi kita akan jadi berang. Justeru penda’wah harus bijak mewarnai fikirannya dengan warna yang ada di sekitarnya. Supaya da’wahnya punya lebih warna yang akan mampu menarik lebih banyak manusia yang tidak buta pada warna.
Daie,
Usah ber-frustasi atau bentak-bentak hati lagi. Usahakan
sepenuh jiwa untuk dakwah ini, dan letakkan Allah swt sandaran yang Maha
Memiliki setiap jiwa manusia di muka bumi ini.Terus gauli manusia dan sabarlah
! Dakwah itu, seni. Teroka dan
lakarkanlah warna-warna yang pelbagai dalam menyantuni manusia.
No comments:
Post a Comment