Sabtu | 1145
Sebelum menghabiskan kelas Tafseer, sempat Dr. Mahmood kongsikan satu cerita.
Ada dikisahkan,
seorang pemuda datang mengadu kepada Baginda s.a.w. Kata pemuda tersebut ;
"Ya Rasulullah, aku akan berkahwin dan aku mahu membina sebuah rumah di situ. Tetapi, ada sebatang pokok kurma yang 'mengganggu' tapak pembinaan rumah aku. Aku telah bejumpa dengan tuan kepada pokok tersebut. Aku dah katakan pada dia, aku mahu membeli pokok kurma tu, kerana aku mahu membina rumah di situ. Tetapi, dia tetap tak mahu jualkan pokoknya pada ku."
Maka, Rasulullah s.a.w pula pergi bersua sendiri dengan tuan punya pokok kurma sebatang tu. Rasulullah s.a.w suarakan hajat si pemuda dan tawarkan mahu memebeli pokok kurma sebatangnya dengan seberapa banyak harga yang dia mahu.
Namun, si tuan punya pokok sebatang tetap kata :
No, I will not sell the tree no matter what !
Lalu, Rasulullah SAW, tawarkan pula satu galang-ganti yang terbaik :
"Baiklah, kalau aku tawarkan kepada kau dengan sebatang pohon kurma yang jauh lebih baik di Syurga nanti, mahukah kau jualkan pohon kurma kau kepada si pemuda ni ?"
Namun, si tuan punya pokok sebatang tetap kata :
No, I will not sell the tree no matter what !
Dalam masa yang sama, bila Abu Darda' ( pemilik ladang kebun terbesar di Yathrib masa tu ) mendengar tentang tawaran tukar ganti pohon kurma sebatang di Syurga, dia terus bersegera mendapatkan Rasulullah s.a.w.
"Ya Rasulullah, benarkah ?"
"Benar", jawab Baginda SAW
"Baiklah. Kalau begitu, wahai si pemilik pohon kurma sebatang, mahukah kau kalau aku membeli, sebatang pohon kurma ini dengan harga seladang kebun tanaman aku ?"
Terkesima lelaki tu. Dan terus dia bersetuju. Masakan mahu, dia menolak untuk menjadi tuan baru ladang kebun terbesar si Abu Darda'.
Kemudian Abu Darda' kembali mendapatkan Rasulullah s.a.w,
"Ya Rasulullah, kini aku telah menjadi tuan kepada pohon kurma sebatang. Dan, aku serahkan kepada si pemuda untuk dia binakan rumah padanya. Kini, aku layaklah peroleh pohon kurma sebatang kan, Rasulullah ?"
"Tidak", jawab Rasulullah SAW
.......
But, The Prophet SAW said to Abu Darda' :
"Kau bukan dapat sebatang pohon kurma sahaja di Syurga. Bahkan kau dapat seladang besar kebun di Syurga !"
Sabtu | 1815
"Sheikh aku meninggal pada ayat ni."
Sahabat saya yang sedang mendengarkan bacaannya, berhenti.
"Sheikh aku sedang koma. Tapi, dia tetap nak solat fardhu dalam keadaan berdiri ! Dan bila dia dinasihatkan agar makan ubat untuk sihat, dia kata ; aku mahukan hanya Huruul 'Ain !"
"Masha-Allah..", meluncur kaluar dari mulut kami.
Dan, pada ayat inilah ;
كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوۡنَ أُجُورَڪُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِۖ فَمَن زُحۡزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدۡخِلَ ٱلۡجَنَّةَ فَقَدۡ فَازَۗ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلۡغُرُورِ
(aliImran:185)
Ahad | 1746
Allah,
aku nak jiwa yang melayang-layang dengan janji-janji Mu !
Is not Allah enough for His servant?
(39:36)
No comments:
Post a Comment