Pages

May 23, 2012

Cinta dua daerah.








Di celah antara bahang final exam, saya meninjau-ninjau khabarnya. Dari jauh cuma.

Entah kenapa, ada tika, sedang nervous ulang kaji Physio, lebih-lebih lagi bimbang saya dengan keadaannya. Kejap-kejap berkerut muka hadam subject exam. Kejap-kejap bertambah kerut pula muka tatap nasibnya. Ada kalanya, keadaannya kini membuatkan saya lebih semangat bersungguh strive agar cemerlang. Cemerlang baik dalam bidang gigi mahupun sebagai seorang jundi. Iya, kerana cinta mendekatkan dia di jiwa. Mencuri peduli hanya padanya. Tapi, ada kala juga keadaannya tu, cukup melemaskan jiwa dan bikin sesak dada ! Hingga kadang putus asa saya rasa. Sebut lah semua rongga dan organ tubuhnya, semua membarah ! Serabut lemas, hingga jauh buntu saya fikir apalah ubat mujarab buatnya ?

alahai dia, tanah tumpah darah ; Malaysia tercinta.


Di celah antara bahang final exam, saya meninjau-ninjau khabarnya. Dari dekat pula.

Tak melampau, andai saya katakan saya bertuah, kerana ditakdirkan berdiri di sisinya pada dua era suasana yang berbeza. Hatta, tak melampau kalau saya panjatkan Hamdalah tak sudah kerana berada di sisinya. Dia menyuntik mahu saya. Rela tinggal  selesa dan senang. Iya, saya terhutang budi. Budinya kadang jadikan saya buta pada fasilitinya yang belakang ketinggalan, mahupun bau-bau himar jalanan. Sedikit-sedikit, melihat kemampuannya kehadapan. Tak hairan. Walau kadang, penuh debaran. Tapi, tak hairan. Hampir berdekad-dekad usia, kalau ditekan, Allah tetap kurniakan keteguhan, maka esok saya percaya terbitlah kemenangan ! Allahu mustaan !

alahai dia, tanah pembibit cinta ; ardhul Mesir 



**

Entah berhari-hari dua daerah cinta ini bertalu-talu dalam diri.

Dan baru kini saya duduk, renungi dan yakin. Baru terjentik kembali pada realiti ;
apa ubat rawatan buat umat dan apa bikin tegar teguh umat.

Dua persolan yang saya hulur. Buat anda ; yang menyinggah dan membaca gumam-gumam suara jiwa saya.


**

Bak kata seorang ukht yang memetik kata seorang Syeikh Yusuf al-Qardhawi :

Wahai pemuda Islam, janganlah kalian terpaku pada diri sndr, meninggalkan bangsa, padahal mrk adlah nenek moyangmu, saudara2, dan sanak kerabatmnu. Turunlah ke dlm masyarakt bangsamu! bergaullah brsm mereka, bimbinglah org2 yg terbebani dlm hidupnya, usaplah air mata anak-anak yatim, tersenyumlah utk menghiburkn wajah2 yg ditimpa kesusahan, ringankanlah beban yg dipikul oleh org2 yg kepayahan, tolonglah org yg teraniaya, dan ubatilah hati yg bersedih dgn perbuatan, kata2 yg baik, dan senyuman yg tulus.

Jadi, pada saya, inilah ubat rawatan buat umat.
Apa ?

Dakwah. Tarbiyyah.

Teringat satu quote kata-kata :


Tarbiyah zatiah boleh dijana melalui kelaziman kita menjaga hubungan dengan Allah Taala.
 
Sangatlah benar hadis Rasulullah s.a.w. yang menekankan umatnya agar memelihara Allah dalam tutur kata dan perbuatan, kelak Allah Taala akan memelihara kita dalam kehidupan.
 
Para pendakwah digalakkan untuk sentiasa membaca mathurat, tilawah al-Quran, berzikir, melakukan ibadat sunat dan nawafil, bersedekah dan berbuat baik bagi memastikan tarbiyah zatiah terbentuk dengan mantap dalam jiwa.



Apa pula bikin tegar teguh umat ?
Oh, tak lain tak bukan. Sekali lagi saya menemukan jawapan,
Tarbiyyah lah asasnya.




اللهم إنا لا نحسن التدبير فدبر لنا أمرنا إنك علي كل شئ قدير


----
'Atiqah 
Kaherah,
2 Rejab 1433H