Baru perasan.
Satu quotation menarik di dalam buku 'General Pathology' :
All organ injuries start with structural or molecular alterations in cells*
Satu makhluk yang sangat halus dan kecil amat (atau kalau bahasa adik-adik kita : cenonet) iaitu cell, menterjemahkan keadaan satu jisim organ dan
keseluruhan anggota badan. Jika berlaku kepincangan sistem badan ataupun satu
organ gagal main peranan, maka punca paling asasinya adalah berbalik kepada
cell nan satu itu ; yang barangkali fungsi cell membrane-nya alami gangguan,
terus menyebabkan mitochondria, endoplasmic reticulum dan jentera utamanya si
nucleus turut dapat tempias alami kekacauan fungsi.
Jika boleh diumpamakan, seperti itu jugalah umat ini.
Tak perlu pandang luar tingkap atau ambil masa jalan-jalan
di City Star atau Mid Valley, tengok sahaja di news feed FB* ; kita dah dapat
lihat keadaan umat hari ini.
Kalaulah bahasa yang diguna untuk status/comment – bahasanya
kesat, tohmah, berbaur fitnah, asyik perlekeh
dan persenda. Kalaulah interaksi alam maya hari ini telah mengikis ihsan kita pada Azza wa jalla ; maka berhati-hatilah.
Khuatir, diri sendiri rupanya cell yang cacat dan gagal
berfungsi. Rupanya bermula dari diri sendiri, negara atau umat hari ini ditimpa barah.
Bukan black out. Bukan kerangka pemerintah. Bukan sistem itu ini.
Islam dan Umat ini parah, sebab solat pon kau lengah-lengah ! |
Tapi dari diri kita, kah ?
doalah. mohon diampunkan-NYA, kepincangan diri kita ;
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
----
Kredit :
*Quotation : Introduction to General Pathology ; al-Azhar University
*bahasa pengguna FB sejak sebelum PRU13 hingga hari ini
*Gambar : mm vectoristic
1 comment:
ulama bukan tuk parti, tapi tuk umat>
Post a Comment