Pages

May 19, 2013

#14 Dakwah Airline.




الدعوة كمركبة (سيارة) وقيادة الدعوة سائقها ، والعاملون في الدعوة ركابها .. والناس هم الجهة التي يتوجه الركاب إليها ، فترى السائق يتمتع بوضعية خاصة من الحقوق : يتميّز في كرسيّه، ويُقدم له الشاي والمأكولات قبل باقي الركاب، وله حُظوة خاصة عند المطاعم والمقاهي .. وغير ذلك .. أما واجباته فواضحة ، فهو يسهر الليل والنهار ولا يغمض له جفن في الوقت الذي ترى فيه بقيّة الركاب أحراراً في نومهم وتصرفاتهم ،، لانه مسؤول عن حياة كل الركاب ، وليس أحدٌ من الركاب مسؤولاً حتى عن حياة نفسه ..
فليس من الإنصاف نسيان الواجب الصعب ، والمنصب الحساس هذا ، ومحاججته في كرسيه المنفرد ، والشاي المقدم له، وما الى ذلك من الجزئيات التي لا يقارنها العاقل الورع المنصف، مع تلك الواجبات الخطرة والمتاعب الشديدة التي يعتمد عليها مصير المركبة وركابها ،، وهكذا يقاس الأمر الدعوي ، والداعية اللبيب يفهم مغزى المقارنة ..

 فطوبى لمن شغلته عيوبه عن ذكر عيوب الناس ، وقدّر ظروف كل داعية في موقعه المناسب والمستحق له ، ووازن بين حقوقه وواجباته


#sumber : FB Abu Ammar 


+++

Dakwah seperti sebuah kenderaan.

Qiyadah (pimpinan dakwah) umpama pemandunya.
Para amilin (orang yang berkerja dalam dakwah) umpama penumpang,
dan manusia lain umumnya umpama arah yang sedang dituju oleh sekalian penumpang.

Sering kali kita lihat  pemandu mempunyai kelebihan yang tersendiri buatnya :

  • ada tempat duduk yang tersendiri,
  • diutamakan  makanan dan minuman untuknya dahulu sebelum diberi kepada para penumpang yang lain
  • diraikan dengan tempat makan/minum yang  khas 

Adapun, kewajipannya padanya juga jelas :

  • dia berjaga sepanjang malam dan siang
  • serta tidak mengatupkan kedua matanya di waktu para penumpang lain bebas tidur lena dan bergerak semahunya 

Kerana di dalam pemanduan ini, dia bertanggung jawab bagi kehidupan setiap penumpang. Termasuk kehidupannya sendiri.


Sedangkan tiada seorang penumpang pun yang dipertanggung jawabkan walaupun untuk menjaga kehidupan atau nyawa mereka sendiri.


Seringkali orang yang menilai ; lupa kewajipan yang susah dan tugasan rinci ini. 


Hanya menilai semata-mata pada kedudukan kerusinya yang tersendiri, makan minum yang didahulukan dan segala apa yang istimewa yang diterima oleh si pemandu ;
bukanlah kerangka penilaian buat orang berakal yang  wara' dan adil.


Kerana kerangka penilaian mereka terhadap si pemandu adalah pada segala kewajipan penting dan tugasan berat  yang sedang   dipikul keatasnya.


Sungguh, inilah ukuran bagi urusan dakwah. Pendakwah  yang rasional serta bijak sangat memahami ma3ani/significant  perbandingan ini.


Maka berbahagialah untuk siapa yang sibuk dengan keaibannya sendiri banding asyik ingat/canangkan keaiban manusia lain, sering meletakkan situasi setiap daie pada kedudukan yang sesuai dan layak untuknya, serta menimbang-tara antara hak yang harus diperoleh dan kewajipannya yang harus dia laksana.






----
#Jazakillah kk buat ukht MSZ dan ukht ZHH yang sudi jadi penyemak terjemahan & nahu bahasa | 18-19 Mei 2013


No comments: