Pages

Aug 3, 2013

La'allakum Tattaqun






Seumpama, melewati jalanan yang berduri.
Maka semestinya kita mengatur langkah dengan penuh hati-hati.


-Ini lah Taqwa menurut apa yang dibualkan Ubai dan Umar al-Khattab.

Syed Qutb melanjutkan pula di dalam kitab di bawah lembayung al-Quran ;


Taqwa itu kepekaan batin, kelembutan perasaan, rasa takut terus menerus, selalu waspada dan berhati-hati agar tidak sampai terkena duri jalanan… (Yakni) Jalan kehidupan yang bertaburan dengan duri-duri godaan dan syahwat, kerakusan dan angan-angan, kekhuatiran dan keraguan, dan harapan atas segala sesuatu yang tidak akan diperolehi. (Juga) Ketakutan palsu daripada sesuatu yang tidak layak ditakuti..


--

Semenjak dua menjak, saya tidak boleh 'buat tak endah' satu hakikat bahawa agama kita kian diasak.

i-SANA
Kita lihat tekanan suara Islam yang Mesir sedang alamai. Kita lihat pencabulan nyawa umat Islam yang tidak sudah di Syria. Kita lihat penafian merdeka buat tanah Palestin. Kebuluran saudara seagama di Somalia. Seterusnya di Rohingnya, di Selatan Thailand, di Burma dan.. seantero muka dunia.

Apa khabar Islam di sana ?

ii-SINI
Dari hari ke hari, jiwa tenat ; melihat Islam di tanah air sini makin dipersenda. 

Ramadhan, puasa dan sup khinzir ?
Ratu cantik, agamanya Islam dan pertahankan hak ?
Takbir raya, wudhu dan anjing ?
Syiah, manjadi-jadi dan its ok ?

Bertambah lagi jiwa diamuk tenat ; melihat umat yang ucap syahadah tetapi sensitivitinya pada agama punah, penilaian yang diguna dalam menimbang masalah ummah lemah ! Apatah lagi, umara’ dan ulama’ yang disandarkan kepercayaan tegas menjulang kedaulatan agama ini, bersikap lewa !

--

Lantas.,
Apa yang sedang berlaku di SANA dan di SINI, membuatkan kita sangat berhajat pada TAQWA.  

Agar dengannya jiwa kita wa’ie (sedar) bahawasnya Islam sedang dipersenda.
Agar dengannya sensitivity nurani kita tinggi, untuk pertahankan kemegahan Islam pada kedudukan yang selayaknya.
Agar dengannya kita sentiasa waspada, agar jangan tingkah dan tutur kata kita yang Islam ini menjadi punca Islam ini dipalit nista !


Difardhukan puasa di bulan Ramadhan ; la3allakum tattaqun - agar kamu menjadi orang yang bertaqwa.

Moga Ramadhan berbaki, kian menjadikan kita muttaqin sejati.

1 comment:

hono said...

terima kasih ukhti :)