May 22, 2013

#15 Manfaat

Bismillah.


--
Setelah ber-'erm', 'erm' akhirnya Abdul Barri menturkan kata ;
"Sabar.
  Majulah ke hadapan dengan sabar !
  Tidak boleh tidak, kita kena mula dari bawah"  

--
Pesanan yang tak akan luput dari ukht TNTN dalam hayat saya selamanya adalah ;
"Dalam rabithah doa,
  kita dekat."

--
Saya mengerti, ianya harapan. Sebaik sahaja ukht SJ matikan kata ;
"Posisikan diri untuk dakwah,
  hanya kerana redha-Nya sahaja.
  Berjiwa besarlah !"

--
Melopong kami, bila dapati tiada selain Mumtaz dan Jayyid Jiddan yang tercatat pada 6 tahun pengajian Umm Sodiq. Rahsianya ;
 "Paling penting ; rajin" 

--
Dalam slot sharing I-Medik baru-baru ni, kakak cilik SK ingatkan ;
"Kenali diri." 

--
Bayu pantai subuh syita', mendamaikan. Bertambah damai, bila Ummu Fathi mengusap lembut tangan dan mengingatkan ;
 "Atas pilihan ; tawakkal." 

--
Lucu tengok telatah si Ulfah dan Ulya. Tak sudah merebut perhatian umminya. Tetap kak NAR santun layani anak-anaknya dan raikan kami yang bertandang ;
"Ajar diri,
  kurangkan rehat.
  Lunaskan hak, pada yang berhak.
  Dan tuntutan kita, buat umat.. banyak."

--
Dalam pelukan akhirnya dia di Mesir ini, kak ZSMZ bisik ke telinga ;
"Selamat realisasi cita ;
  Dentist & Syariah Islamiah"

--
"Ummi nak nasihat", di hujung gagang si anak pinta. Dan nasihat ummi buat si anak ;
"Satiap hari tanyakan diri ;
  -Hubungan dengan Allah swt, bagaimana ?
  -Sumbanganku untuk umat, apa ?"
 




---
وَذَكِّرۡ فَإِنَّ ٱلذِّكۡرَىٰ تَنفَعُ ٱلۡمُؤۡمِنِين

51:55

1 comment:

Anonymous said...

Assalaamualaikum 😊

Tiada update terkini?
:)