Pages

Apr 17, 2014

#19 Melentur




[Orthodontic]

Adam's Clasp - Retention of the removable appliances within the oral cavity. 

>
Pekara pertama bila kenal wire, cutter dan aneka pliers adalah Adam's Clasp.

Ada rakan sekelas yang dua-tiga kali cuba, terus menjadi. Yang saya, hingga ke senja tahun 3 ni, masih kaku melentur bentuknya. Ternyata, untuk membentuk sepuluh batang jari sendiri 'mahir' tidak mudah. Ada orang, Allah kurniakan anugerah, semua menjadi mudah. Ada orang, Allah ajarkan mujahadah, dengan rasa payah.

>
Perkara pertama bila kenal tarbiyah dan dakwah adalah menjadi seorang berjiwa murabbi/daie.

Ada akhowat yang sekali-dua sentuh, terus menjadi. Ada juga yang sentuh-basuh-sental pelbagai cara, jiwa yang sedang dilentur tu masih belum mahu menurut. Ada akhowat, Allah kurniakan anugerah, semua menjadi mudah. Ada akhowat, Allah dahulukan payah, agar terbentuk jiwa mujahadah.

>
Al-ankabut:69
Terus tempuhi. Dan. Yakinilah janji-Nya




14 April 2014

No comments: