"Kenapa beli buku ni?" soal suami.
"Oh kenapa abang?"
Persoalan yang dibalasi soalan. Hairan dek suami jarang mempersoalkan buku² yang saya beli.
Buku biru preloved yang asyik diusung sana sini sejak PKP namun tak berkalih muka surat dari satu kepada dua.
Apa intipatinya pun saya tidak tahu. Pilihan rawak sebab nak cukupkan timbangan bayaran postage.
Keduanya sudah lama berhajat baca penulisan tintanya. Kebetulan pilihan yang ada judul ini, maka saya pun ambil.
Bila hampir separuh buku dibaca, memang padanlah soalan "kenapa" yang terpacul dari mulut suami tempoh hari.
Buku ini menghimpunkan kisah² pahit (hampir keseluruhan) isteri/ibu di dalam rumah tangga. Sebut apa sahaja keributan rumah tangga yang anda tahu - semua terhimpun dalam satu buku.
Satu dua terselit kisah dari sisi pandang seorang suami. Kisah happy ending? Ada juga, namun diawalinya ada badai ribut dahulu sebelum pelangi tiba.
Penulis tidak membiarkan pembaca remuk emosi setelah baca pelbagai kisah pahit yang terhimpun. Pada catatan akhir ada garis panduan praktikal satu persatu andai rumah tangga teruji ; apakah langkah yang perlu diambil terutamanya si isteri.
Buku yang baik untuk seorang wanita bina empati kepada wanita yang lain, lebih mendengar tanpa hakimi, kongsi solusi bukan komentari.
---
Satu quote penulis yang sangat saya suka :
"Semoga Allah pun menjaga mata & hati saya, agar selalu dapat menangkap hikmah, betapapun kesedihan membenamkan."
No comments:
Post a Comment