Pages

Jun 6, 2020

Tribute to KP BJ


"I thought it was in the middle between Petaling Jaya and Subang Jaya. But then when I view in Google Map, I was Oh myyyyy"


Kuala Selangor bukanlah daerah asing kepada saya ; balik kampung lalu sini, kerabat ada sini dan laki bini ni pun dulunya sekolah kat Jeram sini.
Kali pertama sampai, saya tergamam la juga. Saya ingat dia mirip pekan Kuala atau Ijok. Tetapi ternyata tidak sama sekali.

Bestari Jaya di dalam daerah Kuala Selangor. Ia ada pekan nan kecil di atas bukit. Naik dan turun bukit, sempurna sekali bacaan alFatihah. Di sini juga ada UNISEL yang dikelilingi kelapa sawit.
Klinik nya pula terletak di celah² antara rumah. Jangan percayakan Google Map atau Waze jika hendak ke sini.. tetapi bertanyakan kepada orang tempatan yang di pekan.


view I'm missing most


21 November 2017 - tarikh saya memulakan episod kerjaya di KPBJ.
Hari pertama bertugas nampak benar kekok nya. Taking history pesakit pun tergagap-gagap dan baru buat dua cabutan geraham, tangan dah keletihan. Namun, senior officers , DSA dan seisi anggota semua tidak lokek memberi tunjuk ajar.
Mereka ajar working smart dan cermat dalam bilik surgeri.
Mereka ajar how to dig history pesakit yang senyap dan how to cut pesakit yang terlebih cakap.
Mereka ajar cara enter reten PG dll yang bermacam rupa dan sabar + redha tolong enter kan bila kita tak menyempat akhirnya.
Mereka setia assist dan guide saya yang terkedek-kedek manage pesakit hingga kadang drag masa rehat..
dan mereka ajar tetap bermanis muka (di kaunter) even pesakit perangai celaka.


Itulah mereka saban hari yang buat saya seronok datang bekerja. Saling membantu dan tidak berkira. Saling menjaga kebajikan dan berkongsi cerita.
Sebuah klinik gigi di pekan nan kecil.
Hinggakan naik runsing nak lunch Jumaat di mana. Sehari sebelum mesti ada yang dah bertanya, "makan mana kita esok?"
Bukan kerana terlampau banyak pilihan, tetapi kerana pilihannya boleh dibilang dengan jari tangan. Alih-alih kalau tidak ke situ ke sana, kalau tidak ke sana ke sini.


----
Lewat hari kedua tawaran dibuka, barulah saya ketik 'TERIMA'.
Saya terkejut dan saya berat hati. Saya rasa susah nak move on, itulah yang dikata kepada suami.
Sebuah klinik yang membuat saya rasa berat hati meninggalkan pergi.. kerana tidak mahu kehilangan orang² yang berbudi.

Terima kasih seisi keluarga di KPBJ!
Moga masa dan waktu izinkan kita bertemu lagi.

No comments: