Pages

Aug 20, 2009

Luah Lensa .














Merakam keHIDUPan .
Mengambil pengAJARan .
Menyemai benih keIMANan .
Mujahadah dalam keISTIQOMAHan .
Membuah keTAQWAan .
Menempa CINTA disisi ar-RAHMAN .






+++++++



SUBHANALLAHaku lihat matahari
aku lihat awan
aku lihat langit
aku lihat pohon
jingga megah dengan dirinya
kuning menumpang sama
mereka kata ini ceria
masing-masing suka
putih katanya suci
tak mahu dicampur hitam
hitam pula lagaknya segak
kelabu samar-samar
hijau bangga kelihatan damai
biru kata lebih lagi
coklat itu asli?
merah selalu berani
hitam mahu hitam
putih tetap begitu
itu khabarnya
kelabu pening lagi
sama juga
manusiaragamnya seribu rupa
dia kata dia
aku diam saja
mereka senang begini
kau pula macam ini
aku pilih yang ini
mari kita teliti
sana kata sana
sini berkeras mahu sini
inilah kita manusia
punya rasa sendiri
kita bermacam rupa
kita ada bezanya
rasai setiap jiwa
faham semua rasa
cari hikmah disana
agar kita dapat bersama


tegakkan satu cita
makmurkan satu dunia!agar kita tetap menyatu
maknakan diri pada-Nya yang SATU !



+++++++


" Jangan menimbang KBENARAN dengan peribadi . Kenalilah KEBENARAN , maka akan kenali peribadi "

-saidina Ali r.a-

No comments: