Dec 10, 2009

Refleksi Lewat Disember .

Assalamualaikum . w.b.t


Pertama sekali , minta maaf buat sahabat2 saya .. kerana tak dapat menjengah ke blog ( esp blog ukht MSZ ) dan on-line YM bersama untuk saling mengikuti sebarang perkembangan . Akhir-akhir ni , coverage internet di kawasan ( atau lebih spesifiknya rumah saya ) tidak berapa baik . Ada yang mendakwa modem rumah rosak, ada juga yang mendakwa pihak berwajib sedang membaik pulih perkhidmatan . Wallahu'alam .


'Ala kulli hal , ALHAMDULILLAH yang amat . Dapat jua manfaatkan medium ini dan menjengah blog seperti yang di janji , akhirnya . Terima kasih IPG Teknik Cheras , atas perkhidmatan wireless percuma :)



PERISTIWA DISEMBER
Inilah fokus utama saya buat entry kali ini .


Bulan 'kemerdekaan' buat pelajar SPM , bulan cuti-cuti 1 Malaysia , juga , bulan mega sale – jualan akhir tahun . Terpulanglah , hendak sinonimkan Disember dengan apa … Cuma jangan dilupa atau buat2 lupa akan 2 peristiwa besar yang pernah berlaku di depan mata kita , atau setidak-tidaknya pernah didengari oleh sepasang telinga kita .

2 peristiwa besar yang menimpa negara Islam di dalam lipatan sejarah Disember , hingga ke hari ini . Ini peristiwa kahancuran dan ini peristiwa kebangkitan .



26 Disember 2004


Satu tarikh yang masih lagi menjadi trauma , meskipun sudah 5 tahun berlalu .


Sejarah alam mencatatkan , satu gempa bumi yang besar berlaku di Lautan Hindi lepas pantai barat yang mengakibatkan berlakunya ombak besar tsunami yang melandai kawasan-kawasan pantai di selatan Asia , Sumatera Utara , Thailand dan Malaysia. Pusat gempa terletak pada bujur 3,298° utara dan 95,779° timur kira-kira 160 km sebelah barat Aceh sedalam 10 km. Gempa bumi yang sebesar Skala Richter 9.0 ini berlaku sekitar 8.59 pagi (waktu Malaysia) dan merupakan yang keempat terbesar di dunia sejak 1900. Di sesetengah lokasi dilaporkan bahawa ombak mencapai ketinggian 10 meter. Dalam tempoh lebih kurang 15 minit , ribuan telah terkorban akibat malapetaka ini .

Inilah , atas kehendak Allah , peradaban yang dibina hancur sekelip mata .


Allahu Akbar ! Benarlah , Allahu Muqit !



9 Disember 1987

Satu tarikh yang menjadi mangkin semangat dan daya juang rakyat Palestin demi pembebasan bumi berdaulat , meskipun sudah 22 tahun berlalu .

Sejarah perjuangan mujahideen Palestin merakamkan , Intifadah pertama bermula selepas solat subuh dengan kehadiran ribuan rakyat Palestin yang bangkit untuk mengembalikan hak dan maruah mereka yang telah dirampas oleh pendatang Yahudi Zionis. Senjata tunggal yang digunakan mereka untuk menentang kecanggihan dan kekuatan rejim Zionis hanyalah dengan batu-batu di jalanan. Kanak-kanak, remaja dan para pemuda bangkit dengan penuh keberanian untuk berhadapan dengan kereta-kereta kebal Israel. Intifadah telah menghilangkan rasa takut dan rendah diri di kalangan mereka malahan telah membawa perubahan baru yang sangat bermakna buat mereka semua.

Inilah , bukti kebenaran Allah bahawasanya kemenangan semakin hampir .




Subhanallah ! Allahu Mutakabbir !



Disember 2009 ?
Amnya , penutup 2006 penuh hiba dangan tangisan , sesalan . Penutup 1987 digegarkan dengan permulaan kebangkitan , kemenangan .

Bagaimanakah pula dengan penutup 2009 kita ? Maksud saya , dalam kehidupan diri kita sendiri , dalam perjalanan Iman kita terutamanya .


Iman kita subur dengan kemenangan sejati ? Atau Iman kita hiba........... tapi kita yang tak sedari ?


Pilihan ada pada diri kita , kehancuran atau kebangkitan .











"Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab"











Allahu'alam .

1 comment:

MARYAM-AL-MUQADDASAH said...

tak perlu dddhkan nama blog yg tak dpt dlawat=)
roger n out