Pages

May 13, 2010

Cerita Pemuda



Satu hari , ketika sedang mengemas , tergerak di hati saya untuk membelek sepintas lalu sebuah buku tulis . Buku tulis 'istimewa' salah seorang daripada 3 abdul . Tiba-tiba , sepasang mata saya tertangkap sebuah lukisan yang dilakar di dalam buku tersebut . Saya cuba tafsirkan mesej yang tersurat di sebalik lukisan itu dan terus terang ,... saya rasa lucu bila dapat tangkap mesej yang nak disampaikan oleh adik saya melalui lukisannya !

Selang bebarapa hari , ketika saya dan mak dalam perjalanan pulang dari klinik gigi , mak kongsikan juga yang mak turut perasan lukisan tersebut . Ironinya mak sangat-sangat bersyukur . Berbeza dengan saya . Bersyukur bukan kerana lukisan tu sangat-sangat cantik dan berseni , tetapi sangat-sangat bersyukur bila mendapati mesej yang mahu diluahkan oleh si abdul yang seorang ni .

Saya cuba beri gambaran pada anda . Bayangkan , lukisan yang biasa-biasa sahaja :

Lukisan seorang lelaki ( orang lidi ) , yang sedang berdiri di antara dua buah bangunan . Bangunan di sebelah kanan , tertulis di atasnya ; Al-azhar . Bangunan di sebelah kiri , tertulis di atasnya ; Klinik Haiwan . Dan di samping lukisan seorang lelaki itu , ada seekor kucing . –tak silap saya-

Dapatkah anda apa yang mahu disampaikan melalui lukisan ini ??

Ini peristiwa lama , lebih kurang 2 tahun yang lalu , mungkin . Saya pernah ajukan soalan pada empunya diri yang melukis ; mahu ambil veterinary di al-Azhar ya ? Dan dia dengan muka yakin ; Ya . Saya terus tahan perut ! Oh , mahu rawat apa di sana nanti ? Dhob (biawak pasir) ? Dan mimik mukanya seakan menjawab ; Oh perli ye ? Tiada yang mustahilkan ?

Sejujurnya , saya tak gelakkan dirinya dan cita-citanya . Tapi saya gelakkan diri saya sendiri kerana saya juga pernah bercita-cita mahu jadi veterinary tapi tak pernah terfikir mahu ambil di al-Azhar ! Nah , betapa rendahnya cita-cita ku dulu .. ~

Melihatkan tumbesaran dan ragam adik-beradik yang kian menginjak ke alam remaja …… banyak juga yang mereka ajar pada saya secara langsung dan tak langsung -TQ my brothers & sister- Dan banyak juga perkara yang membuatkan saya 'cemburu' bila melihat mereka :)



*drawn by sis Ira*
-ukhtaini & 3 abdul-

Semoga menjadi pemuda nadi ummah



Pemuda ini istemewa
Kerananya , Islam sangat memperhatikan masa muda sebagaimana sabda Nabi s.a.w ;

Pada hari kiamat seorang hamba akan ditanya tentang 4 hal ; umurnya , dia gunakan untuk apa ? masa mudanya dia habiskan ke mana ? hartanya , dia dapatkan dan digunakan untuk apa ? dan apakah dia amalkan ilmunya? ( H.R at-Tarmidizi)
Perhatikan ya , kita bakal ditanya soal umur . Pada tahun sekian , kita buat apa . Pada hari sekian , pada jam sekian dan pada saat sekian , umur kita di sibukkan dengan apa ? Kemudian , kita ditanya pula pada usia muda . Mungkin akan terdetik , "laa , tadi kan sudah ditanya soal usia . Kenapa pula ditanya dengan spesifik lagi soal usia tika muda ?"

Ya .. begitulah , kerana masa MUDA lah yang paling penting dalam hidup kita .

Kita dapati di dalam Al-Quran ada kisah yang sangat menakjubkan . Allah mengubah hukum alam -law of nature- dengan perantaraan sebilangan pemuda , yang disebut sebagai Ahlul Kahfi , sebagaimana di dalam firman-Nya yang bermaksud ;


Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda2 yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk . Dan Kami telah meneguhkan hati mereka .
[al-Kahfi:13-14]

Fityah . Umur mereka sekitar lingkungan enam belas , tujuh belas tahun . Melalui mereka , Allah tunjukkan kekuasaan-Nya .

Dan kamu akan melihat matahari ketika terbit , condong dari gua meraka ke sebelah kanan , dan bila matahari itu terbenam menjauhi mereka ke sebelah kiri sedang mereka berada di dalam tempat yang luas dalam gua itu . [al-Kahfi:17]
Allah melindungi mereka dari pancaran matahari sehingga meskipun mereka tidur lama di dalam gua tersebut (lebih kurang 300 tahun) , tubuh mereka tidak rosak ! Inilah , bukti kekuasaan Allah dan Maha Rahmat-Nya .

Kisah lain di dalam Al-Quran yang turut menceritakan prihal pemuda , adalah kisah seorang pemuda yang sangat teguh mempertahankan keimanannya . Itulah dia Nabi Ibrahim a.s . Dan kerana pemuda ini juga , hukum alam sekali lagi berubah . Ketika usia Nabi Ibrahim a.s belasan tahun , baginda talah dibakar hidup-hidup , lalu Allah s.w.t berfirman (maksdunya ) ;

Kami berfirman , "Hai api , dinginlah dan jadilah keselamatan bagi Ibrahim". [al-Anbiya':69]
Api yang sifatnya panas telah berubah menjadi sejuk . Allahu al-Mutakabbir !





Mereka juga pemuda


Ali Bin Abi Thalib r.a mempertaruhkan nyawa dengan menggantikan tempat tidur Rasulullah s.a.w pada malam ketika Nabi s.a.w. hendak berhijrah . Umur Saidina Ali pada waktu itu dua puluh lima tahun .

Mush’ab Bin Umair , peribadi yang saya kagumi , pemuda yang meninggalkan kelazatan dunia demi Islam tercinta . Beliau telah diutus oleh Nabi s.a.w pergi ke Yathrib (kini dikenali sebagai Madinah) untuk mengajarkan penduduknya baca tulis dan mengajak mereka agar tetap beriman . Tidak ada satu rumah pun di Yathrib pada masa itu , yang tidak menerima dakwah Mush'ab Umair . Sedangkan pada masa itu umurnya dalam belasan tahun !

Asma' Binti Abu Bakar menghantarkan makanan untuk Rasulullah s.a.w. dan bapanya sendiri di Gua Thur . Asma' telah memainkan peranan yang sangat besar pada saat hijrah Rasulullah s.a.w dan umurnya ketika itu dua puluh tiga tahun .

Usamah Bin Zaid sangat bercita-cita menyertai barisan tentera muslimin semenjak dari kecil lagi . Rasulullah s.a.w pernah mengenepikan permintaannya kerana usianya yang masih terlalu muda . Tetapi jiwanya yang besar tak pernah mengalah hinggalah Rasulullah s.a.w. mengangkatnya menjadi panglima tentera termuda .

Muhammad Al-Fateh pemuda yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadis ;
" Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera" [Hadis riwayat Imam Ahmad]
Kostantinople berjaya ditakluk oleh al-Fateh ketika umurnya awal 20-an .
+++++


Dengan perkongsian kisah dan contoh-contoh di atas , saya cuma mahu sedarkan diri sendiri dan berkongsi bersama anda , wahai pemuda/i , betapa berharganya nilai usia MUDA ini .

Di kala usia inilah kita punya tenaga maksima , kita banyak belajar , explore dan mencuba-cuba . Di kala usia muda inilah , apa yang kita buat memberi kesan pada masa hadapan .

Barharganya MUDA ini , usahlah diasyikkan dengan berpacar-pacaran , usahlah dipenuhkan dengan hibur-hiburan , usahlah digunakan dengan rempit-rempitan , usahlah disibukkan di cyber café mahupun shopping complex memanjang .

Ketahuilah , bahawa pemuda adalah golongan yang Allah muliakan . Maka janganlah kita rendahkan diri sendiri dengan perkara-perkara yang mengaibkan .



إنَّ اللهَ يُعْجَبُ مِنَ الشَّبابِ الَّذي ليستْ لَه صَبْوَة

Sesungguhnya Allah mengkagumi pemuda - pemuda yang tiada baginya sebarang kerosakan moral.

6 comments:

SaEidah SyamIelah said...

salam tikah..memang best,,betul tu,,masa muda ni macam2 kita nak buat,,kalau tk kawal boleh hanyut dan terbabas,,nauzubillah,,nice share,,^^,

nahdiyyah said...

penceritaan yang menarik..haha
" khaatibu nas 'ala qadri 'uqulihim"
insyaallah ramai yang akn tertarik.. rabb yusahhil fi haazihi tariq:>

ha|ana|zak25 said...

>saiedah :
i'm agree with U :) bila sudah hanyut trbabas , jangan ragu2 utk kembali ke pangkuan Tuhan -Dia Maha Penyayang-

>nahdiyyah :
aiwah , ukht . Ungkapan yang bermakna sgt2 :) Jzkkk

ira said...

katon org lidi time dye F1.tah lekat lg k tk cita2 tu.bt mseh eager nk amik bio, do spport him.

|makhlukDIA| said...

ahah..nt pena cte kat ana cite2 adik nt tu !

ana ta'ajub.moga tercapai hajatnya, amen!

tqa, post yg menarik.sentiase terbaik!

ha|ana|zak25 said...

>ira :
yes he is ~ and recently , very eager to get in KISAS and SMKA MH (once again : tahan perut !)Alwys & Frever , make du'a fr our sblings esp.

>'Affa :
bahkan kini , makin pelik2 keazaman dia . Ameen . Smg yg trbaik buat adik2 kita ye 'affa