Pages

Oct 16, 2012

Amanat Satu 'Nyawa'

[Zulhijjah 1433]

Si Biru yang menemani dua bulan siang dan malam saya, yang mendengar celoteh tiap kali selesai 3 madah, yang kalau letih setiap kali murajaah akan mencicip nyaring kerana diagah, yang turut temani hidupkan dinihari dan yang padanya sering saya katakan ; "Solehah, sambil zikir sambil doakan orang kuat hari ni !", - Si Biru ini, baru Isyak tadi terkulai tidak bernyawa lagi.

Saya pinta istighfar, mohon matinya bukan kerana lengah-lengahnya saya menjaga dia. Qadarallahu ma sya'a.

Bila saya tatapi pelepah-pelepah yang membaluti tubuh kecilnya, Si Biru Solehah seakan mengamanatkan kepada saya :- Kalaulah satu 'nyawa' manusia mati hari ini kerana jauhnya dari Islam, kerana seruan dakwah tidak menyaapa dan sentuhan tarbiyah tidak dirasa ; dek lengah-lengahnya saya menjaga 'nyawa' seorang ummah...,

maka, sesalilah hai jiwa, sebelum sesalnya di hari yang tiada guna sesal, tangisan dan teriak pinta !

**

Semasa Nabi Ibrahim sedang dibakar oleh Namrud yang zalim, seekor burung pipit berulang-alik daripada sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dengan membawa air kolam tadi dalam paruhnya yang kecil.

Kejadian ini dilihat oleh malaikat Jibril a.s. dan Jibril bertanya kepada sang pipit, adakah air itu mampu untuk memadamkan api yang menggila marak dan besar itu?

Lalu sang pipit menjawab, yang dia tahu bahawa air yang dibawa tidak terpadamkan api yang ganas itu. Namun, sekurang-kurangnya dia telah menjalankan tanggungjawabnya. Sekurang-kurangnya, dia tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.




Amanat akhir Si Biru Solehah :-

"Jadi empunya jiwa yang tidak sesekali berlengah. Sesekali tidak, demi untuk satu 'nyawa' ummah." 

-- Allah, tiupkan mahu dan kurniakan mampu. Allahumma thabbitna !






11:22 p.m.
ghurfah raufah

3 comments:

Anonymous said...

subhanallah.. byknya tgjwb x tertunai.. nice post.. barakallah wa rahmatullah alaik.

Unknown said...

eh nti bela burung kee?

Puteri said...

Makin lama, air mata makin tak segan gugur. Makin lama, tindak-tanduk diri semakin menongkah arus. Amanat yg mengubah diri 360 darjah. Baru faham erti,
"Berehat-rehat di syurga."
"Dunia penjara mukmin."

Betapa patut para salafussoleh merindui liqo dengan Rabbnya.