Nov 23, 2014

Sesembang 1#




EF : Susahnya..

IJ : Apanya ?

EF : Nak uruskan kehidupan

Sambil membilang jari, disebut satu persatu task-to-do dirinya 

EF : Tak termasuk lagi, nak follow up orang lain

Dibuka kembali jari dan dibilang sekali lagi 

IJ : Hurm. So true. Tuntutan kita sangat banyak. Belum lagi tuntutan dan komitmen mendatang bila kita dah berkeluarga, berkerja..

Keduanya menarik nafas dalam 

IJ : But somehow, mungkin kalau kita lihat bukan dari kerangka KPI biro atau deadline meeting.. Membuatkan kita jadi ghairah !

EF sengih mengerti. 

IJ : Lihat tuntutan dari kerangka Ibadah, maka yang kita dapati tuntutan atau komitmen kita tak susah. Bahkan ia 'minhah' (anugerah) raih Jannah.



No comments: