Pages

Dec 16, 2014

#20



Stanza 1 |
Tuhan sentiasa peduli.

Dalam tiap jejak kaki tapaki,
Saat masa berdetak pergi,
Tika nafas kau hela ;
hirup silih ganti..

Peduli Tuhan,
Tidak pernah bertepi.

Cuma bezanya,
Bagaimana kau nilai bingkai cinta-Nya
Dalam warna hayat hidup yang beraneka.



Stanza 2 |
Saat suka suka,
Yang namanya jiwa
Memang sering rasa ;
Semesta sebelahi kita.

Namun,
Saat perit duka,
Sering juga gumam jiwa
Mudah prasangka ; "Di manakah DIA?"




Stanza 3 |
Tarbiyyah Rabbaniyyah. 

Andai kau mengerti,
Bahagia dan Lelah dunia
Hanya debu
Singgah bahu,

Dan kau sapu bersih

Kerana di hadapan ;
Cinta-Nya dalam sambutan
Redha-Nya dalam buruan



--
Zumar, 
Hayy 7 Madinat Nasr 
16 Dec 14//16:20




--
Photo : beit Sofiyya, Thobb Ramly//2011

No comments: