Saya pernah melatah, bila anak seawal usia 3 sebut :
"Bontot."
Sebabnya tak pernah disebut perkataan itu dirumah. 'Melatah' saya disusuli soal siasat dari mana dengar? Siapa sebut?..bla bla bla.
Namun, Baba yang kekal tenang perbetulkan perkataan tersebut menepati definasi DBP.
"Bukan. Nama anggota badan yang ini adalah punggung."
Si anak tadi terus anggukan kepala dalam moment sejenak kelas tatabahasa Baba dan main macam biasa.
"Anak seawal ni tak ada niat nak berkata yang kesat / kotor. Dia dapat dari kawannya mungkin, tetapi kita kena ajar kalimat yang betul setiap bahagian tubuh mereka."
Bahkan juga sebut jelas part mana aurat ; which can't be seen, even can't be touch!
"Kalau senang melatah, anak lagi la suka nak trigger tengok response Mama dengan sebut² lagi."
--
Kita tak dapat lari dari perkembangan kanak² dan naluri fitrahnya.
Ya, perkembangan kanak² yang full of curiosity dan suka eksplorasi.
Dan iya, one fine day seawal fasa remaja anak akan terbit naluri pada opposite gender (macam Mama terkenan Baba waktu sekolah.eh?), sebab itu fitrah manusia.
Maka pendidikan seksualiti memang wajar ditanamkan seawal usia.
Bagaimana?
Nah, yang dicadangkan Dr. Abdullah Nasih Ulwan ni wajar jadi garis panduan ibubapa bersama. Saya dapat menerusi perkongsian I-Medik Selangor/KL tempoh hari.
Kita tidak mahu 'melatah' setelah generasi kita terjebak dan bicara soal rawatan penyakit STD semata-mata.
Sebaiknya, marilah kita didik sedari awal usia sebagai langkah pencegahan.
Semoga Allah swt sentiasa memberi taufiq buat kita selaku para ibubapa khususnya
No comments:
Post a Comment